Thursday, February 2, 2012

2
Komen
~ Rebung juga Bisa Musnah ~





Ada pelajar, waktu dia kecil dia sentiasa dipuji oleh guru. Kepandaian, kepetahan, dan kepimpinan. Semuanya lengkap untuk meletakkannya sebagai pelajar yang disebut-sebut ketika zaman sekolah.

Senang cerita tidak sia-sia guru di sekolah mendidik dan mengajar.

P/s : Namun, jangan sangka buluh yang dilentur ketika rebung mampu hidup subur dikemudian hari. 






2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Pernyataan yang sangat benar.

    Bagaimana pula dengan yg ini..?

    Ada pelajar,sewaktu kecil dia sentiasa dihamun, dimarah,dikeji oleh guru. Kelembapan, kenakalan dan kekuranganya. Semuanya serba lengkap untuk meletakkanya sebagai pelajar yang paling top dalam senarai 'cikgu tak suka kamu'.

    Senang cerita ada cikgu yang merasakan apa yang dididik dan diajarnya sia-sia sahaja.

    p/s : Namun, jangan sangka rebung yang pada awalnya tidak subur, mampu membesar sebagai buluh yang berbisa,tegak berdiri kukuh dan berbakti untuk pertiwi.

    Senyum buat kamu.(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Berharap sangat dapat jadi yang ini. Terasa dekat dengan empunya diri. Terbaik kak nawal!

      Moga Allah kasih.

      Delete