Saturday, December 17, 2011

6
Komen
~ Puitis : Mereka dan Syurga ~

Cahaya yang dijanjikan dalam genggaman mereka

Hidup kerana dunia,
adakala bahagia adakala duka,
bila yang dikejar tidak berjaya,
maka timbul satu rasa,
bahawa kejayaan bukan milik kita,
akhirnya nyawa dianggap biasa.

Tetapi berlainan pula dengan mereka,
sekali lihat tidak ada beza,
yang jelas adalah mereka juga bercinta,
dan cinta mereka hingga ke syurga.

Mereka ini..

yang hidup kerana syurga,
adakala bahagia adakala duka,
bila yang dikejar tidak dapat,
maka timbul juga satu rasa,
mahukan kejayaan tidak cukup hanya berdoa,
sekalipun tidak berjaya.. Allah nilai usaha.

Bahkan kerana mereka,
langit yang mendung mampu ceria,
angin yang kencang membelai setia,
bahagianya terasa hingga ke jiwa.
Itudia..



Sekian Terima Kasih.
~ Puitis : Mereka dan Syurga ~
Pelaut Rabbani.
Sebelum terbang ke dunia mimpi. ^^ 


6 comments:

  1. Maka,bercintalah sampai ke syurga...
    Terbanglah ke langit bahagia dalam redhaNya...

    tumpang lalu....

    ReplyDelete
  2. salam ziarah.

    Bila berbicara tentang syurga,saya teringat sebuah ceramah yg saya dgr, "Kita,orang islam,dai'e,kena senyum. Kenapa kena senyum? Kerana Nabi senyum. Dan orang islam senyum kerana dia akan masuk syurga."

    Ibrahnya,mudah-mudahan kita berusaha untuk tergolong dalam hamba-NYA yg masuk syurga,m'harap redhaNYA semata,amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,,,

    Moga En. MQ sihat iman & tubuh.
    (^-^)

    "Hidup kerana dunia,
    adakala bahagia adakala duka,
    bila yang dikejar tidak berjaya,
    maka timbul satu rasa,
    bahawa kejayaan bukan milik kita,"


    Kita ini hamba. Bersifatlah dengan sifat layaknya seorang hamba. Dengan itu, kita tidak akan pernah terkeluar daripada daerah perhambaan. Kita juga sentiasa sedar semua ini milikNya.

    "Aku seorang hamba"

    ReplyDelete
  4. > Semua

    Terima kasih atas tambahan kepada puitis di atas.
    Moga ceria selalu.(senang hati)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Jazakallah khair kerana selalu mengingatkan diri ini, semoga berjaya dunia AKHIRAT...Amin

    ReplyDelete
  6. > Hamba Allah

    Wassalam. Saling ingat memperingati. Kita pun bukan ada apa-apa. Dalam tujuan untuk mengingatkan diri sendiri juga. Terima kasih. :D

    ReplyDelete