Thursday, August 2, 2012

4
Komen
~ Vlog Keempat : Bukan Iklan Shampoo ~

Seni itu seni yang memikat. Kudos pic to link


Follow me? Itu bukan nama shampoo. Jangan salah faham. Chill.

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah, detik ini saya sudah menghasilkan 4 vlog sendiri. Yang terkini dengan tajuk Follow Me. ^_^

‘Ikut saya?’

Saya tidak mahu menceritakan secara keseluruhan akan apa yang ingin disampaikan dalam vlog tersebut. Sebab anda sendiri boleh menontonnya .

Tinggal, saya ingin membangkitkan beberapa komen umum yang saya ada jawapan untuk dijawab di sini.

Kata mereka, contoh yang diberikan dalam Vlog Follow Me agak kurang tajam kepada masyarakat. Agak kurang padu untuk mereka yang menonton mengambil iktibar.

Sebenarnya, saya tidak berhasrat untuk menembak tepat kepada sasaran. Biarlah ia sekadar umpan atau tarikan kepada semua yang menonton. Namun saya tidak menafikan yang contoh-contoh itu terlalu lembut, sebaliknya saya percaya dan positif yang impaknya ada dan memberi kesan kepada mereka yang berfikir.

Kenapa saya berani percaya begitu?

Sebab ada beberapa orang yang jauh lebih kehadapan daripada saya membentangkan beberapa contoh menarik selepas menonton video itu.

Antaranya ada yang kata, orang selalu menghina dan mengeji  wanita yang suka pakai shawl, tetapi yang freehair dan tidak bertudung, tidak pula diusahakan untuk mengajak menutup aurat.

Ada juga yang memberi contoh baca qunut ketika Solat Subuh. Isu yang agak panas dan kerapkali dibicarakan. Tetapi manusia-manusia yang langsung tidak solah subuh, tidak pula dititik-beratkan.

Contoh lain yang mereka bagi, pembacaan Surah Yasin pada setiap malam Jumaat. Ada setengah orang tidak senang duduk bila dapat tahu ada masjid yang cuba beramal dengan amalan ini. 

Namun, yang tidak suka untuk ke masjid ? Tidak pula difikir bagaimana cara untuk memakmurkan masjid. Agar orang lebih rasa dekat dengan masjid.

Dan banyak lagi scene-scene yang mereka sebut.

Jadi saya ingin anda semua melihat, kalaulah saya sendiri yang bawakan contoh-contoh realiti di atas, maka orang yang melihat video saya tidak akan berfikir jauh. Sebab mereka sudah nampak akan sasaran yang ingin saya tembak.

Dan kenapa letakkan tajuk Vlog, Follow Me ?

Jawapannya akan anda tahu selepas anda menonton vlog tersebut. ^_^

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha saya bermula dari seorang blogger hinggalah menjadi seorang vlogger. Bukan bermaksud saya akan meninggalkan Lautan Rabbani sampai berhabuk, update tetap juga akan update dari semasa ke semasa.

Mungkin sebagai catatan kehidupan di perantauan. Sebaliknya perkongsian dan nasihat, insyaAllah akan lebih banyak pada vlog-vlog selepas ini. Baru best. Saya akan sampaikan terus kepada anda dalam bentuk lisan.

Akhir kata, saya ingin memberitahu anda semua satu perkara. Perjalanan yang jauh dan tinggi pastinya bermula dengan langkahan pertama. Andai satu masa nanti kita benar-benar berada di puncak kejayaan, ketahuilah ketika itu kita tetap seorang manusia. Ada salah dan silap. :)

Maka, sama-samalah kita saling ingat-memperingati antara satu sama lain.

Jadi, tunggu apa lagi ? Enjoyzzzz.

Vlog # 4 : Follow Me ?











Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




4 comments:

  1. Salam incik pelaut..
    Sangat setuju dengan kenyataan ini --> Perjalanan yang jauh dan tinggi pastinya bermula dengan langkahan pertama..

    Teruskan langkahanmu..
    Semoga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkahan itu..

    ReplyDelete
  2. teruskan bervlog.cakap slow slow sikit.macam nak lari saja pun.lagi satu,jangan cakap kuat sangat.bila tgok semua vlog2 tu,suara mcm nk jerit..keep vlogging =)

    ReplyDelete