Wednesday, August 8, 2012

13
Komen
~ Umrah : Hadiah Dari Allah ~

Tunggu ! ^_^


Assalamualaikum.

Apa khabar para pembaca sekalian? Moga sihat dan terus bergaya insyaAllah.

Agak lama juga teratak maya ini tidak diconteng. Saya minta maaf. Bukan sebab tidak ada masa, tinggal malas yang acapkali membelengu jiwa.

Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita rasa Allah langsung tidak pandang kita. Segala permintaan kita, kadang-kadang macam sia-sia. Hingga sampai satu tahap kita akan kata kepada diri, adakah doa kita adalah doa yang tidak berkualiti ? Adakah permintaan kita adalah permintaan yang tidak pernah didengari ?

Ya. Perasaan itu muncul. Bukan untuk menyalahkan Tuhan. Tetapi sebagai titik muhasabah untuk menilai diri mungkin hati terlampau gelap dengan kekotoran.

Anjak diri pada masa lalu, ada setengah permintaan itu sampai sekarang Allah belum makbulkan.

Melihat diri pada hari ini, ada pula sinar harapan yang belum bersedia untuk kita buat permintaan, tetapi Allah sudah perkenankan.

Sebab itu, corak permainan Tuhan tidak ada yang boleh lawan. Hatta yang mengaku tuhan atau yang dianggap tuhan, mereka juga adalah hamba kerdil yang tidak pernah mencapai kemenangan.

Mungkin ada yang belum tahu, tahun ini umur saya akan memasuki zaman dua puluhan. Tanggal genapnya 26hb Ogos, maka hilanglah ‘titile’ umur belasan.

Dan saya langsung tidak menyangka untuk hadiah hari lahir saya tahun ini, Allah berikan hadiah yang tersangat istimewa. Walaupun pada tarikh tersebut saya sudah pulang semula ke Jordan, namun pada bulan yang sama Allah bagi hadiah yang insyaAllah saya berpeluang untuk berkunjung ke Mekah.

Bertuahnya rasa diri ini hingga saya pernah keluarkan status di FB. Ramai orang bercita-cita untuk ke Haramain. Tetapi saya yang terpilih. Dan jalan itu dibuka di hadapan mata.

Manusia punya banyak jalan cerita. Dan ada orang memilih seni tersendiri untuk mengukir jalan cerita mereka. Kita tidak boleh memaksa  agar jalan cerita orang lain mesti sama dengan kita.

Saya dengan jalan cerita saya. Anda dengan jalan cerita anda. Dan jalan cerita itu kita yang memilihnya. Jika terdapat persamaan di beberapa buah tempat, maka itu adalah bonus buat kita.

Saya tidak kekok untuk memberitahu kepada umum yang saya akan ke Umrah. Saya tidak rasa bersalah untuk mengkhabarkan peluang keemasan yang Allah bagi ini, juga kepada anda.

Setengah orang tidak suka, tidak  setuju…. dengan alasan takut niat lari, tidak ikhlas, menyusahkan dan sebagainya. Kata mereka, dapat pergi umrah, pergi jelah.

Dan saya memandang hujah mereka itu sebagai prinsip mungkin. Maka, saya menghormatinya.

Tetapi bagi saya, dengan tujuan dan cara pandang tersendiri. Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini ataupun tidak, dapat panjang-panjangkan doa untuk saya moga diberi kesejahteraan dalam perjalanan ke sana. Itu sahaja.

Apakah mesti orang yang akan ke umrah sahaja dikirim doa ?

Ramai orang mengirim doa. Mengharap nama mereka disebut di sana. Macam-macam masalah yang mereka ceritakan. Tidak lain dan tidak bukan, dengan harapan doa saya, Allah dengar dan masalah mereka itu disembuhkan.

Sebenarnya saya sendiri dibelengu rasa bersalah. Berat-berat masalah mereka. Rasa kesihan dengan ujian yang menimpa mereka. Tapi, mampukah doa itu didengari ? Jika yang memohon itu adalah saya ?

Ya Allah, ampunilah aku.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk memohon maaf kepada semua.

Sebelum saya berangkat ke sana, segala salah dan silap, kesilapan-kesilapan kecil dan besar, terasa hati dengan coretan saya di sini atau di FB, ataupun ada terkasar bahasa dalam kita berkenalan, maka saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.

Tolong doakan saya juga. Moga selamat pergi dan balik. Selamat menunaikan ibadah dengan kesihatan yang baik.

Mudah-mudahan hadiah umrah ini adalah yang mampu mempengaruhi kehidupan saya di masa akan datang.

Memandangkan hari raya kedua baru saya  berangkat pulang dari sana dan ini sebagai entry terakhir sebelum saya ke Tanah Suci, maka saya ingin mengambil peluang juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


“ Uhibbukumfillah. “


Sekian,
Terima kasih.
Pelaut Rabbani.
Sehari sebelum ke Umrah.





13 comments:

  1. Alhamdulillah :)

    akak doakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur .aamiin.

    ReplyDelete
  2. salam,
    syukur en. pelaut dpt prgi menunaikan umrah,,,

    saya ada 1 soalan,, x berkaitan lgsg dngn entry en. pelaut nie,
    just nk tnye,, islamic bnking di uni. yarmuk gne bhse ape ye.?
    bhse arab or bhse iggris..?

    mgkin saya salah 1 stdnt yg bakal ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Alhamdulillah. Terima kasih. :)

      Islamic banking di Yarmouk dlm dua bahasa.
      Bhs Arab dan Bhs Iggris. Tapi 3/4 adlh bhs Arab.

      Ahlen3. Ahlan wasahlan ilal urdun.
      Nanti jumpa di sini tegurlah. :)

      Delete
  3. syukran en pelaut.
    ouh,, byk gne bhse arab,,
    insya Allah lepas raye akn berangkat ke sana,,

    ReplyDelete
  4. Untungnya dapat menziarah di sana. Untung juga dapat bertemu siti nurhaliza. Nampak dalam instagram siti :)

    ReplyDelete
  5. Untungnya dapat menziarah di sana. Untung juga dapat bertemu siti nurhaliza. Nampak dalam instagram siti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho. Dekat msia tak pernah jumpa pun.
      Tak sangka jumpa di sana.

      Alhamdulillah.
      Ada rezeki, tak ke mana. ^_^

      Delete
  6. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin juga. :)

      Delete
  7. salam ^_^

    alhamdulillah sampai jua di sana...

    **ingat kenangan akak masa p sana, juga di bulan puasa...**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Hehe. Yang pergi sahaja akan tahu bagaimana suasana di sana ketika bulan puasa. ^_^

      Delete