Thursday, April 12, 2012

6
Komen
~ Jangan Pergi Ibu ~

Number One For Me. Sure!


Ramai yang terlupa bahawa ibu yang melahirkan kita itu sebenarnya cuma ada satu sahaja di dunia ini.

Yang sanggup memikul tugas dan tanggungjawab dengan membawa kita ke hulu ke hilir selama sembilan bulan. Dialah satu-satunya ibu  yang tidak sabar menanti kehadiran kita untuk muncul ke dunia ini.

Lalu bilamana kita muncul di dunia ini, segala kesakitan dan juga kepedihan yang dirasai sebelum itu hilang serta-merta. Bahagia dan senang hati. Ceria dan puas hati. Mengalir air mata gembira membasahi pipi.

Tersenyum sang ibu ketika mana tubuh kita yang kecil dan tidak bermaya menangis-nangis dalam dakapan belaian kasih sayangnya. Diusap manja kepala kita. Ditepuk lembut badan kita. Menyimpan impian agar kita menjadi anak soleh dan solehah.

Hari demi hari berlalu. Masa dan waktu bergerak begitu laju. Maka membesarlah kita sebagai seorang anak kepada kedua ibu dan ayah.

Celoteh, gelak tawa, dan tindak-tanduk kita menjadi pengubat kepada keletihan dan kelesuan Ibu dalam mendidik dan mengasuh.

Ada masa kita menangis. Ada masa kita memberontak. Ada masa kita gembira. Ada masa kita keseorangan. Ada masa kita marah. Ada masa kita inginkan belaian kasih sayang.

Namun, kerana kelembutan dan kemesraan ibu… ibu sentiasa mendekat dan menghampiri kepada kita dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Itulah ibu. Satu-satunya ibu di dunia ini. Masakan ada pengganti?

Satu masa nanti, kita semua pasti akan melalui detik-detik yang sama. Detik ibu akan pergi meninggalkan kita.

Detik kita ingin mengucup dahi ibu buat kali terakhir.

Detik kita ingin berada dalam dakapan ibu buat sekian kalinya.

Sungguh, detik itu bakal tiba saudaraku. Tidak ada siapa mampu menghalangnya.

Tinggal, sudah bersediakah kita untuk mengharungi detik itu? Sudah ada atau belum tangisan kebanggaan yang mengalir di pipi ibu dengan melahirkan kita? Sudah berbakti atau belum kita kepada ibu?

Ya, itulah kita. Saat ibu masih ada, kita susah untuk menghargai. Tetapi apabila Allah menjemput ibu pergi, menangisnya kita bersungguh-sungguh tidak ada gunanya lagi.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah. Doakan agar Allah sayang kepada ibu dan ayah seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kita kecil dan besar.  

Bagi yangt berjauhan dengan ibu, luangkanlah masa seketika untuk menghubungi ibu.

Bagi yang punya kesempatan untuk bersama-sama dengan ibu, gembiralah hati mereka dengan membantu meringankan beban. Cerialah jiwa mereka dengan membuatkan ibu senang dengan kita.

Dan bagi anda yang ibu sudah pergi, jangan putus-putus menembak doa. Mudah-mudahan Allah mendengar doa kita lalu mampu memberi sedikit cahaya buat ibu di sana.

Hari ini, saya berhajat untuk kongsikan satu blog di alam maya. Luahan seorang anak yang punya ibu. Akan tetapi ibu itu sudah pergi ke alam yang baru. Terimalah ini Ada Bintang Kelip-KelipSangat menyentuh jiwa. Serius sedih.

Terima kasih buat pemilik blog tersebut. Moga Allah kuatkan.

----------------------------------

“Saya sayang ibu saya. Dan saya sentiasa rindukan beliau.”

Sekian,
Pelaut Rabbani.


6 comments:

  1. Asmkm;
    Terima kasih kerana link blog Ada bintang kelip-kelip. Arwah adalah rakan sekolah saya 30 tahun dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      Sama-sama. Ya Allah, tak sangka makcik boleh terbaca blog ini.
      Sedih saat membaca entry dari blog 'Ada bintang kelip-kelip'. Moga Allah bagi yang terbaik kepada keluarga Arwah.

      Delete
    2. Makcik tak pernah jumpa arwah sejak tinggal sekolah dahulu. Cuma kini dapat dengar berita pemergiannya. Tapi, alhamdulillah, dia telah meninggalkan zuriat yang solehah dari apa yang dapat kita baca dari tulisan anaknya. Alhamdulillah. She's done her job well as a mother, insyaAllah. Makcik sebagai ibu kepada 8 orang anak, sebenarnya tak rasa melahir, membesarkan anak2 sebagai satu pengorbanan atau kesusahanpun. Bahkan tak mengharapkan apa-apa balasan dari anak2. Cuma mendoakan kebaikan untuk mereka dunia akhirat, ikhlas. Allah bagi rasa ini pada ibu. Cuma kalau anak tak berbuat baik pada ibubapa, makcik akan sedih dan bimbang, bukan kerana dia tak mengenang budi, tapi sebab Allah akan murka padanya; itu sahaja.

      Delete
    3. Owh.. Hmm.. Anak yang solehah. Turut rasa kerdil dengan catatan yang dikongsikan di blog beliau.

      Terima kasih makcik. Sangat-sangat terkesan dengan bingkisan yang makcik tinggalkan ini. Ternyata, Allah memberikan teguran buat saya sebagai seorang anak yang masih mempunyai ibu.

      Moga Allah kasihkan makcik dan keluarga. :)

      Delete
  2. Who should I give my love to?
    My respect and my honor to
    Who should I pay good mind to?
    After Allah
    And Rasulullah

    Comes your mother
    Who next? Your mother
    Who next? Your mother
    And then your father
    Cause who used to hold you
    And clean you and clothes you
    Who used to feed you?
    And always be with you
    When you were sick
    Stay up all night
    Holding you tight
    That?s right no other
    My mother........

    moga Allah kasih~~

    ReplyDelete