Thursday, February 16, 2012

7
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 5] ~

Di hadapan pintu kekusutan, bayang-bayang mereka yang bersalah mula kelihatan.



Di Taman Sekolah. Kelibat Irfan dan Fahmi yang dari tadi sembang panjang terganggu dengan kemunculan Amir.


Amir : Weh Irfan! Aku tak suka kau buat perangai macam ni. Kalau kau tak puas hati dengan aku, sekarang jugak kita selesaikan!

Muka Amir merah. Matanya seakan api yang sedang marak. Hatinya benar-benar marah. Sebagai seorang pelajar yang dipercayai guru-guru, dia berasa terhina apabila ditegur sebegitu rupa oleh pengetua tadi.

Irfan : Perangai apa ni? Aku tak paham apa kau cakap. Irfan cuba berlagak tenang.

Amir : Kau jangan buat-buat tak paham Fan! Siapa yang pecahkan cermin kereta Cikgu Mariani?! Siapa yang letakkan dompet aku kat situ?! Kalau bukan kau yang banyak tak puas hati dengan aku!

Irfan : Owh… pasal tu. Aku pun sebenarnya keliru dan tak tahu sapa yang kenakan kau Amir.

Fahmi : ……………………

Sham : …………………….

Amir : Keliru apa lagi?! Kau jangan nak perbodohkan akulah Fan. Baik kau ngaku ja lah yang kau pecahkan. Kau ni memang sengaja nak bagi aku hidup tak senang kan?!

Kawasan Taman Sekolah yang tadi sunyi dan tenteram kini menjadi tegang. Dengan tempikan suara Amir, menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan beberapa junior berdekatan.

Fahmi : Eh Mir, kau janganlah main angin ikut sedap ja. Kita boleh bincang baik-baik benda ni. Kami pun tak tahu siapa yang kenakan kau.

Amir : Hahaha…. berbudi bahasa jugak kau kan? Bincang apa lagi?! Korang bagitau aku. Nak bincang apa lagi?!! Jawablah!!

Sham : Amir…. rileks bro. Kawal sikit marah kau. Ramai budak-budak tengah tengok kita ni.

Amir : Arrghh!!! Peduli apa aku?! Aku datang sini bukan nak balik tangan kosong. Selagi aku tak heret budak dua orang ni jumpa pengetua, selagi tu aku tak tenteram.

Irfan : Baiklah Mir. Kalau dah cuaca panas terik macam ni kau minta hujan, terpaksalah aku belikan payung. Agar kau dan aku, kita sama-sama tenteram.

Kriiinggg!! Loceng sekolah berbunyi. Tanda waktu rehat sudah berakhir.


Dalam kelas 5 Sains. Mata pelajaran Biology. Semua pelajar sedang memberi tumpuan kepada Cikgu Norizan di hadapan kelas.


Cikgu Norizan : Sebagai hamba Allah, kita kena percaya bahawa setiap kejadian dalam tubuh badan kita ini adalah bukti kehebatan Allah. Ok, cikgu nak bagi contoh mudah. Tahun lepas kita ada belajar jenis-jenis asid bukan? Masih ingat asid hidroklorik?

Beberapa orang pelajar mengangguk. Setengah yang lain diam. Cuba mengenal pasti kembali nama Asid tersebut mungkin. Tapi tidak bagi Amir. Fikirannya terganggu. Marahnya pada Irfan tadi masih belum hilang. Dia serabut. Kerana dia mangsa keadaan. Tiba-tiba……

Atiqah : Mengetuk pintu. Assalamualaikum. Minta maaf menganggu, cikgu.

Seorang pelajar perempuan bernama Atiqah dari kelas 4 Sains sedang berdiri di hadapan pintu kelas.

Cikgu Norizan : Ya, Atiqah? Ada apa? Tanya Cikgu Norizan lembut.

Atiqah : Boleh jumpa dengan Kak Nadia?

Cikgu Norizan : Sambil mencari. Mana Nadia?

Nadia mengangkat tangan.

Cikgu Norizan : Ada urusan apa ni Atiqah?

Semua pelajar menumpu ke arah gadis kecil molek itu. Berminat untuk tahu jawapan.

Atiqah : Saya daripada bilik guru tadi. Pastu, terserempak dengan Cikgu Mariani. Jadi, Cikgu Mariani minta tolong panggilkan Kak Nadia. Nak jumpa di bilik pengetua katanya.

Nadia terkejut. Mukanya menampakkan kebimbangan. Amir, Irfan, Fahmi dan Sham terus mengalihkan pandangan ke arah Nadia. Sepertinya pintu kekusutan kian terkuak.

Cikgu Norizan : Ok Nadia. Cikgu Norizan mengangguk. Tanda membenarkan Nadia keluar daripada kelas.

Nadia diam seribu bahasa. Jantungnya mula berdegup kencang. Tidak ada yang tahu bagaimana risaunya dia saat itu. Melainkan seseorang iaitu SHAM!

Nadia : Terima kasih cikgu. 


Sambil berjalan perlahan keluar daripada kelas. Dia sempat menjeling ke arah Sham. Kelihatan Sham kaku. Matanya bertemu dengan mata Nadia. Lalu, Sham cepat-cepat melarikan pandangan ke tempat lain.


--------------------------------



7 comments:

  1. makin ramai pula yg muncul :)
    waiting...

    ReplyDelete
  2. adoi..awat yang suspen sgt crita ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah cuaca panas terik macam ni kau minta hujan, terpaksalah aku belikan payung. Agar kau dan aku, kita sama-sama tenteram.

    apa maksd ni?

    ReplyDelete