Sunday, February 12, 2012

11
Komen
~ Kembali Bernyawa [Eps. 4] ~

Pelbagai persoalan yang terapung seakan tidak ada jawapannya.


Dataran Sekolah


Sham : Kau nak ajak aku pi mana ni Mir?

Amir : Kau ikut dahla.

Sham : Kot ya pun…. bagitau la aku dulu. Takla aku tertanya-tanya.

Amir : Aku nak pi jumpa budak si Irfan tu. Ni mesti kerja dia.

Sham : Mana kau tahu ni kerja dia? Entah-entah orang lain.

Amir : Sapa lagi budak kelas kita yang tak puas hati dengan aku?! Kau cakap! Melainkan budak baru tu ja.

Sham : ………………………………

Amir : Dah! Kau jangan banyak tanya. Kau ikut ja aku. Aku tau apa aku nak buat.

Sham : Tapi……

Amir : Tapi apa lagi?!

Sham : Aku tengok…. Lina dengan Fahmi tu selalu jugak tak puas hati dengan kau.

Langkahan Amir mati selepas mendengar nama Fahmi dan Lina. Kenapa?


Di Taman Sekolah. Berhadapan makmal komputer.


Fahmi : Kau ni kenapa Fan? Boleh tak kau jangan tengok aku macam tu?

Irfan : Irfan tersenyum. Aku bukan apa. Aku Cuma nak tahu cerita sebenar.


[Flashback]

Fahmi : Kau rasa apa yang boleh kita buat kalau dompet si Amir ada dalam tangan kita?

Irfan : Entah… buat bodoh ja lah.

Fahmi : Apalah kau ni. Sembang nak berapi. Balas dendam apala. Tapi tak pandai.

Irfan : Kau ada idea?

Fahmi : Apa kata kita kenakan si Amir tu? Kening Fahmi diangkat dua kali.

Irfan : ……………………………

[Flashback tamat]


Fahmi terus tergelak bila diingatkan kembali sembang-sembang mereka tempoh hari.

Irfan : Kenapa kau gelak? Pelik.

Fahmi : Owh….. jadi sebab tu lah kau syak aku yang pecahkan kereta Cikgu Mariani?

Irfan : Hmm….

Fahmi menyambung gelaknya.

Irfan : Kenapa dengan kau ni? Kena santau ka?

Fahmi : Takdalah. Tertanya gak aku sorang-sorang. Kenapalaa yang kau asyik duk syak aku. Rupa-rupanya sebab tu.

Irfan : So?

Fahmi : Nih, kau dengar baik-baik aku nak cerita. Lepas ni jangan duk syak aku dah. Waktu aku tanya kau soalan tu, aku ada ternampak dompet si Amir atas meja dia. Tapi, masa tu dia takdak dalam kelas. Sebab tu aku tanya kau, apa yang boleh kita buat dengan dompet dia. Bila dah kau kata kau tak tahu nak buat apa, aku biarkan ja la dompet tu kat situ. Puas hati?

Irfan : Ragu-ragu. Maknanya, bukan kaulah yang buat kerja ni?

Fahmi : Menggeleng. Bukan aku.

Irfan : Habih tu? Sapa lagi?

Fahmi : Dah-Dah. Kau pulak jawab soalan aku? Kenapa yang kau suka sangat nak amik berat pasal Cikgu Mariani?

Irfan : La…. dia kan cikgu kita. Lagi pun lepas dia panggil aku tempoh hari, aku dah mula sedar yang aku banyak buat salah bila masuk sekolah ni. Nada Irfan menurun.

Fahmi : ………


Dalam bilik guru perempuan.


Cikgu Mariani : Tindakan apa yang cikgu akan ambil nanti?

Pengetua : Hmm…. Setakat ni saya masih tak pasti lagi sebab kita tak tahu siapa sebenarnya yang pecahkan cermin kereta cikgu. Cuma kita ada syak beberapa orang pelajar dari kelas 5 Sains, lepas dapat makluman daripada Pakcik Mus.

Cikgu Mariani : Kalau kelas 5 Sains, Amirlah. Lagi pun memang kita ada jumpa dompet dia kat situ kan?

Pengetua : Bukan Amir. Dia hanya mangsa keadaan.

Cikgu Mariani : Hah? Kalau bukan Amir, siapa? Dan camna Pakcik Mus boleh tahu?

Cikgu Mariani merenung jauh. Mengingat kembali cerita-cerita lama. Mungkin ada pelajar yang tak puas hati dengannya.

Pengetua : Pakcik Mus ada jumpa saya. Kebetulan masa cermin cikgu dipecahkan, dia tengah sapu sampah di koridor Makmal Sains.

Tiba-tiba Cikgu Mariani teringat sesuatu. Peristiwa Irfan dipanggil ke bilik guru tempoh hari.

Cikgu Mariani : Cikgu, saya rasa saya tahu sapa yang pecahkan cermin kereta tu?

Pengetua : Mana cikgu tahu? Siapa?

Cikgu Mariani : Saya baru ingat. Baru-baru ni, saya ada marahkan sorang pelajar. Sebab dia bergaduh dengan si Amir sampai berdarah-darah. Irfan!

Pengetua : Owh… budak baru tu. Amir ada jugak ceritakan tentang pelajar nama Irfan ni. Tapi, mengikut dari apa yang Pakcik Mus bagitau, bukan Irfan. Walaupun saya tak kenal sapa budak Irfan ni.

Cikgu Mariani : Bukan Irfan? Jadi… sapa sebenarnya yang pecahkan cermin kereta saya? Seribu tanda tanya.

Pengetua : Menurut Pakcik Mus, seorang pelajar perempuan. Berbaju pengawas.

Cikgu Mariani : Apa?!!

Guru-guru lain yang sedang mendengar perbualan mereka juga turut terkejut.


-----------------------------



11 comments:

  1. harap episod ke5 akan keluar scpt mgkn,,,,,

    ReplyDelete
  2. sepertia biasa~ suspen...
    Menanti episod5..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Sudi ikuti cerita ini dari awal. :)

      Delete
  3. salam...tau dah...mesti nadia kan3??? ^^ heheheehehe sedang menanti episod akan datang! :) <3

    ~Sabirah Ali~

    ReplyDelete
  4. menarik... menantikan episod yang seterusnya... :)

    ReplyDelete
  5. berdebar-debar menanti episode akan dtg..

    ReplyDelete
  6. x sabar2 nk tunggu episdo seterusnye...

    ReplyDelete