Saturday, November 6, 2010

22
Komen
~Diari: Kemalangan Itu Satu Petanda~

Yang kedua kali.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana hari ini waktu ini masih lagi menjadi milikku. Siapa sangka andai waktu ini bukan lagi milikku, sudah pasti kalian akan mendengar berita-berita serta cerita-cerita yang mengatakan aku sudah pergi menemui Ilahi.

Bila kufikirkan, bukankah itu satu lagi peluang untukku bertaubat?

Memperbanyakkan amalan?

Menyempurnakan apa yang tidak sempurna?

Membaiki diri menjadi yang lebih baik?

Soalan-soalan inilah yang kadang kala membuat diriku rasa tidak senang bergurau berlebihan.
Membuang waktu begitu saja tanpa melakukan amal yang mendatangkan kebaikan untuk diriku mahupun orang lain. Malah, seringkali membuat jiwaku bergetar andaikata soalan-soalan ini tidak ada jawapannya melalui amalan. Allahuakhbar.

Ya Allah, kuatlah diriku untuk melawan nafsu durjana ini. Amin.

Haa.. Inilah yang aku mahu kongsikan bersama para pembaca sekalian. Bila aku seringkali meminta agar Allah memperkasa diriku dengan iman untuk melawan nafsu, pasti ujian dan cobaan itu datang menjelma. Apakah itu tandanya?

Kongsian pengalaman.


Program yang dianjurkan

Hari Selasa bersamaan 7hb Sept 2010 merupakan hari yang bersejarah buat hidupku. Sebelum ni, kereta terbang, kemalangan, dan kematian hanya ku lihat di kaca TV.

Jika secara langsung sekalipun, hanya lihat dari jauh sahaja dan yang pasti itu semua bukan diriku. Tetapi tarikh itu adalah segala-galanya. Yang meletakkan aku sebagai salah seorang pelakon yang menjayakan jalan cerita yang bertajuk 'Kemalangan Ngeri di Perlis'. Terkejut sebenarnya.

Malam itu adalah malam 29 Ramadhan. Aku bersama seorang sahabat baikku Nabil merancang untuk berbuka puasa beramai-ramai (Iftar). Ahlinya adalah sahabat-sahabat KeArah Perlis (Kelab Remaja Haluan).

Matlamatnya hanya satu, ingin berjumpa kembali sahabat-sahabat yang sudah lama berpisah. Mengerat kembali ukhwah. Masing-masing berjauhan dek menuntut ilmu.

Pada aku, 29 Ramadhan adalah tarikh yang sesuai untuk program ini kerana kebanyakan IPT sudah mula cuti. Program ini juga bukanlah program yang dianggap besar, tidak ada gimiknya, tidak ada kertas kerjanya malah penyebaran maklumat adalah melalui sms sahaja.

Pada asalnya, tempat iftar adalah di Radix Chicken House (RCH). Tetapi terfikir pula, kenapa perlu bazirkan duit. Sedangkan beberapa masjid di Kangar juga menjalankan program berbuka puasa beramai-ramai. Salah satu masjidnya adalah Masjid Alwi. Jadi, di situlah tempatnya kami berkumpul untuk berbuka.

Berbuka dengan juadah kuih-muih yang disediakan - Solah Maghrib - Menjamu selera (mkn nasi) - Solah Isya' - Tarawih (Masjid Alwi).

Itulah perjalanan program yang aku dengan Nabil rancangkan. Kehadiran sahabat-sahabat juga memuaskan.
Faris, Zulkarnain, Dikwan, Syairazi, Samad, Nazeer, Wan Alif, Syafiq Akmal, Salman, Luqman, Irfan Fauzan dan lain-lain. Dah tak ingat semua.

Tetapi masalah komunikasi sedikit terjadi. Sahabat-sahabat dari Taman Desa Putra tidak dapat berbuka dengan kami di Masjid Alwi.

Akhi Sahel, Nabil, Nik, Suhaib, Muadz dan lain-lain. Dengar kata mereka berbuka di rumah Nabil. Tetapi atas hajat beberapa orang sahabat, kami jumpa di RCH selepas tarawih. Sambil jumpa sambil makan.

Sekitar jam 11.15 malam, kami bersurai. Sedikit nasihat ringkas daripada Akhi Sahel kepada kami semua agar berhati-hati ketika memandu. Bersalaman.


Segala-galanya bermula di sini


Aku pulang bersama dengan sahabatku Salman kerana rumah kami tidaklah jauh. Salman menumpang keretaku. Semasa dalam perjalanan, kami bersembang santai. Masing-masing ada sahaja hal yang diceritakan. Mungkin kerana lama tidak berjumpa. Kadangkala gelak ketawa mengisi ruangan kereta.

Semasa aku sedang memandu, tiba-tiba satu bayangan kereta muncul dalam sekelip mata.

BOOMM!! Bunyi seperti bom menurut penduduk berdekatan.

Bunyi BOOMM itu, terjadilah semuanya.

Sebuah kereta dari jalan bertentangan terbang ke arah kami..


Kanan itu adalah kereta yg ku naiki.

Orang ramai mula berpusu-pusu mengelilingi tempat kejadian.

Kereta yang ku naiki. Berakhir dengan rosak teruk.
 MasyaAllah. Apabila aku membuka mata. Semuanya telah terjadi. Telah terjadi.

Kalimah La Ilahailallah yang mampu ku ungkapkan.

Aku melihat cermin depan keretaku retak sejuta, serpihan-serpihan kaca sedikit berhambur ke kepala ku. kelihatan satu plastik airbag yang masih panas di atas steering sudah kecut, kedua-dua kakiku seperti tersepit, aku menoleh ke kanan, kelihatan cermin sisi sudah pecah, pintu tidak lagi berfungsi terus ku lihat sebuah kereta di sebelahku yang kemik di sana sini. Teruk rosaknya.

Aku melihat ada orang di dalamnya. Wajah seperti ku pernah nampak. Mukanya berdarah. Aku juga perasan ada sekujur tubuh terbaring di sisi depan keretaku. Aku tahu dia sudah pergi.

Tiba-tiba aku terasa paha kananku seperti berdenyut. Terus ku pegang. Ya Allah. Kenapa pahaku seperti ini? Terasa membengkok dan ku yakin pahaku sudah patah. Allah. Aku benar-benar terkejut. Tak percaya.

Aku melihat Salman di sebelahku, diam seribu bahasa. Lalu aku bertanya kepada Salman. " Salman! Anta ok? " Salman diam juga. Aku berasa cemas. Aku mengulang kembali soalan itu. Kali ini suara aku sedikit kuat.

Akhirnya dia bersuara. " Kaki ana patah". Allahuakhbar. Terkejut aku mendengarnya.

" Ya Allah, ujian apakah ini ? "
" Kenapa semua ini terjadi kepadaku ? "
" Apa salahku ya Allah ? "
" Kenapa di waktu ini Ya Allah ?" (Nk dekat raya)
" Kenapa bukan orang lain Ya Allah? "

Aku sedikit menjerit ketika itu. Bermacam-macam soalan muncul di fikiranku. Kerana aku masih tidak dapat menerimanya.

Ketika itu juga, aku mula sedar. Apa yang berlaku sudah terjadi. Aku perlu menerimanya. Aku mula berzikir memuji Allah untuk menenangkan hati. Mula bertindak rasional. Aku baru perasan yang telefon bimbitku masih tersemat kemas di poket baju. Aku terus menghubungi ayah. Suara ayah seperti terkejut.

Kemudian aku terfikir juga untuk menghubungi Nabil. Paling kurang ada juga sahabatku yang datang ke tempat kejadian. Lalu ku cari namanya dan menekan butang 'call'.

Aku : Assalamualaikum Nabil. Ana kemalangan ni. Kaki ana patah.

Nbil : Jangan buat lawak Qawiem. Benda-benda ni jangan main-main. Betul ka?

Aku : Betulla Nabil. Ana kat depan JKR ni. Kemalangan.

Nbil : Pastu? Ana nak kena pi tengok ka? (soalan ni memang....)

Aku : Ikut anta la Nabil.

Aku tahu. Nabil mungkin tidak percaya. Kalau percaya sekalipun, tanggapannya pasti tidak teruk. Aku mula melihat di luar kereta. Ramainya orang. Pelik. Kemalangan yang baru terjadi tidak sampai lima belas minit. Tetapi kehadiran manusia yang ramai membuatku hairan. Seakan mereka tahu kemalangan akan terjadi di sini.

Walaupun ramai, mereka hanya mampu melihat. Sedih betul. Ada juga dua tiga orang pakcik yang suruh kami mengucap. Suruh bersabar.

Beberapa minit kemudian. Kedengaran siren ambulans semakin kuat. Ternyata mereka mengeluarkan Salman dahulu kerana pintu disebelah kiri hadapan masih berfungsi bahkan Salman tidak tersepit. Aku pula kena tunggu bomba, sebabnya aku tersepit dan pintu sebelahku sudah tidak dapat digunakan lagi.

Waktu itulah ayahku datang dan bertanya keadaanku. Selang beberapa minit, ibuku pula datang. Melihat kepada rupa ibuku, aku yakin ibu ku benar benar risau. Keluar juga air mata ini. Allah. Aku juga perasan Nabil dan Abang Sahel jauh di tepi jalan. Jujur ku katakan, melihat mereka aku terasa kuat.

Masa itu, aku terus berdoa untuk semua yang ku kenali.

Beberapa ketika kemudian. Barulah bomba datang. Mereka terpaksa mengeluarkan aku dari belakang kereta. Mungkin itu cara yang terbaik. Aku cuba untuk menggerakan kaki, tetapi terasa lemah. Tetapi aku bersyukur, kerana masih hidup. Alhamdulillah.


Aku dan Salman ; Ada cerita sendiri


Dari kiri : Salman dan aku.
                                                          
Sebelum program ni, Salman sudah memberitahu aku ketika menelefonnya, yang dia tidak dapat hadir. Kerana pada petang itu, dia baru balik dari Kolej Matrikulasi Perlis. Mungkin tak sempat katanya untuk berbuka puasa sekali. Aku mengajak dengan alasan sudah lama kami tidak berjumpa. Bila lagi nak boleh jumpa lepas ini?

Dia betul-betul cakap dia tidak boleh join.

Selepas itu, Salman mengeluarkan hujahnya yang kedua. "Ana nak packing baju ni. Esok nak balik kampung di Pahang. Kalau ana pi, tak sempat nak packing". Aku membalasnya "Ala Man. Enta nak pi esok. Malam ni tidur la lambat untuk packing."

Lama juga aku tunggu jawapannya. Akhirnya Salman mengalah. Dia datang di pertengahan program. Datang solah isya' dan tarawih di Masjid Alwi dengan ayahnya. Dia juga setuju untuk balik dengan ku nanti. Tidak kisah. Lagi pun program ini bukan formal. Tujuannya mahu jumpa kembali sahabat-sahabat yang lama berpisah.

Itulah ceritanya. Maka, mari sama-sama kita melihat.

Andaikata aku tahu malam nanti kami akan kemalangan, sudah pasti aku tidak akan mengajaknya pada petang itu malah aku sendiri tidak akan pergi walaupun aku salah seorang yang merancang program tersebut.

Jawapannya, sudah tertulis bahawa kami akan kemalangan pada malam itu. Awalnya Salman sudah menolak pelawaan ku, tetapi akhirnya dia bersetuju untuk hadir juga ke program itu. Bukankah itu satu penyusunan?

Allahuakhbar. Segala puji bagi Mu ya Allah.

Ramai orang bertanya kepada ku? Apa hikmah dari semua ini?
Akan dijawab - bersambung..

P/s : Coretan ini adalah luahan pengalaman penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca. Bukan untuk mengungkit dan mengingat apa yang telah pergi, tetapi untuk mengambil manfaat dari apa yang telah terjadi.

Tuesday, November 2, 2010

0
Komen
~ Al-Quran Itu Memuliakan Kita ~

Petunjuk sepanjang zaman..
               
Assalamualaikum wbt.
Anda apa khabar? Moga dalam keadaan sihat sokmo. Insyaallah.

Untuk pengetahuan para pembaca dan saya, ummat Islam adalah satu-satunya ummat yang paling beruntung di dunia sekarang ini.

Kenapa?

Kerana kita memiliki wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuk yang asli, bebas dari kekotoran dan campur tangan manusia. Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih tetap sama dengan waktu ia diturunkan kepada nabi yang kita sanjungi iaitu Rasulullah SAW.
Namun. sebahagian daripada kita juga merupakan ummat yang paling malang di dunia ini kerana walaupun kita mempunyai wahyu Allah tetapi tidak mendapat berkat dan manfaat wahyu tersebut.

Al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk kita membacanya tetapi untuk kita memahami dan melaksanakan petunjuknya. Dengan pertolongan Al-Quran jugalah kita disuruh menegakkan pemerintahan di bumi Allah ini yang berfungsi sesuai dengan hukum Allah.

Malah Al-Quran datang untuk memberikan kebesaran, kekuasaan dan kemuliaan kepada ummat Muhammad disamping menjadikan kita wakil Allah yang sejati di atas muka bumi ini.

Bukankah itu jawapannya?


Jangan Di Kecilkan Zat Al-Quran.



Ayuh sama-sama renungkan.

Majoriti daripada kita sekadar menyimpan Al-Quran di rumah hanya sebagai pengusir jin-jin dan hantu.
Mencelup ayat-ayat Al-Quran ke dalam air untuk dijadikan penawar. Sekadar menjadikan Al-Quran sebagai salah satu dari seni hantaran kepada pasangan pengantin. Melaung-laung mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan pelbagai lagu dan nada tanpa memahami ertinya bahkan menunjuk-nunjuk kemerduan suara. Lalu mengharapkan berkat dan rahmat daripadanya?

Bukan itu sahaja, setengah orang tidak lagi mencari petunjuk daripadanya untuk mengatur masalah-masalah kehidupan.Tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai pertimbangan untuk mengetahui apa yang harus kita percayai.

Maka tidak peliklah kenapa hati kita menjadi semakin keras. Bahkan hubungan kita dengan Allah terasa semakin menjauh.


Memahami Isi Al-Quran Adalah Wajib

Hah. Saya ingin mengajak para pembaca sekalian membayangkan suatu perkara.

Seandainya kita melihat orang yang sedang sakit membuka buku tentang pengubatan dan mengira
bahawa dengan membacanya, dia akan sembuh dari penyakitnya. Maka apa yang akan anda katakan kepada orang itu?

Tentu anda akan mengatakan bahawa orang itu tidak siuman bukan?

Ya. Akan tetapi tidakkah kita sedar bahawa kita sendiri melakukan hal yang sama kepada buku yang dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk menyembuh penyakit-penyakit kita?

Kita hanya membacanya saja dan mengira bahawa dengan membacanya begitu saja, semua penyakit kita akan hilang. Kita juga beranggapan bahawa kita sudah cukup dengan membacanya saja tidak perlu untuk menuruti petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya disamping tidak  merasa kepentingan untuk menghindari bahaya seperti yang dikatakan di dalam Al-Quran.

Jadi,

Mengapa kita tidak memberikan penilaian yang sama kepada diri sendiri seperti yang kita berikan kepada orang yang mengira bahawa dengan membaca buku pengubatan saja adalah cukup untuk menyembuhkan penyakit?

Fikir-fikirkan.


Akhir : Kenapa Perlu Disisihkan?


Jawapannya hanya pada kita...

Kalau kita menerima surat dalam bahasa yang tidak difahami, sudah tentu kita akan mencari orang yang dapat memahami bahasa tersebut untuk mengetahui isinya. Yang pasti, kita tidak akan merasa tenang sebelum kita mengetahui isi surat tersebut apatah lagi surat itu datangnya dari seorang kekasih hati. Begitu jugalah yang kita lakukan terhadap surat-surat perniagaan yang mungkin memberikan keuntungan yang sedikit kepada kita tetapi kita bergelut untuk mencari apakah kandungannya. 

Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh Penguasa dunia kepada saya dan anda yang menerangkan semua keuntungan kita dalam beragama, yang melibatkan kehidupan dunia dan akhirat tetapi kita menolaknya bulat-bulat begitu saja tanpa mencuba untuk memahami isinya.

Bahkan kita tidak memperlihatkan keinginan untuk mengetahui isinya.

Tidakkah itu menghairankan?

Sunday, October 31, 2010

0
Komen
~ Beza Seorang Muslim Dengan Seorang Kafir ~




Islam itu INDAH


Kenapa seorang MUSLIM berbeza dari seorang KAFIR?

Saudara pembaca yang dikasihi.

Sedarkah kita bahawa setiap Muslim tu lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir?
Hal ini kerana Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada seorang kafir. Seorang Muslim pasti akan peroleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan masuk ke syurga, tetapi seorang kafir akan masuk ke neraka.

Saya ingin mengajak diri saya dan para pembaca berfikir.

Mengapa ada perbezaan yang begitu besar diantara seorang yang bergelar Muslim dengan seorang yang bergelar kafir? Padahal yang bergelar kafir juga keturunan Adam, seperti kita semua.
Mereka juga punya mata, kaki, tangan, hidung, telinga seperti saya dan anda. Hatta bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, merupakan Pencipta mereka juga.

Maka.

Kenapa darjatnya rendah dan darjat kita tinggi?
Mengapa kita semua nanti akan masuk ke syurga dan mereka akan masuk ke neraka?


Apakah bezanya terletak pada Nama?

 Hah.

Inilah suatu masalah yang harus kita fikirkan bersama secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang muslim dengan seorang kafir, tidak mungkin kerana seorang itu bernama Abdullah dan Nurul Jannah dapat masuk syurga sedangkan yang lain bernama Albert dan Mary kena masuk neraka?

 Atau kerana yang seorang tidak makan makanan haram dan yang seorang lagi memakannya?

Ataupun disebabkan yang ini berkhatan dan yang lainnya tidak?

Atau satu ke masjid satu ke gereja?

Allah Yang Maha Kuasa, yang mencipta alam seluruhnya, yang mengetahui pengakhiran dunia, yang memberi rezeki kepada makhlukNya masakan bersikap kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya hanya kerana soal-soal kecil seperti itu?

Bagaimana?

 Islam Dan Kufur itulah bezanya.





Memang benar perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang yang kafir bukanlah terletak pada nama, khatan, sumber makanan dan perkara-perkara kecil yang lain. Jadi apa bezanya??

Jawabnya hanya satu iaitu Islam dan kufur.

Setuju?
Kenapa Islam dan kufur jawapannya?

Islam beerti kepatuhan kepada Allah manakala kufur beerti keengkaran kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya hamba Allah, kedua-duanya adalah manusia. Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, mematuhi perintah-perintahNya, dan takut akan hukuman-hukuman Allah jika melanggar perintahNya. Sedangkan yang satu lagi terperosok jauh dari kedudukan itu kerana tidak menyembah bahkan tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya.

Inilah sebabnya mengapa Allah senang dengan orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Adakah kita melihat?

Di manakah kita andai kematian datang menjemput?