Wednesday, January 30, 2013

3
Komen
~ Di Situ Ada Kemanisannya ~

Qawiem Khairi : Peace and save Palestin guys. 

Perdebatan antara lelaki dan perempuan, 
siapa lebih kehadapan dalam soal memimpin dan sebagainya. Lalu, diberi seribu satu macam hujah dan alasan untuk mempertahankan pandangan masing-masing. 

Bahkan dikaitkan dengan dalil itu ini hinggalah kepada perkongsian pengalaman yang memburukkan antara satu sama lain.

Maka, dicelah-celahnya saya ingin bertanya.. apa yang anda dapat? (Angkat kening dua kali)

Seperti peribahasa yang berbunyi, sembang kemaih di kedai kopi mahupun di pasaq pagi, sampai terlupa hak 'family' di ghumah.

Buat apa mahu membandingkan? Lelaki dan perempuan punya peranan masing-masing.
Mengikut kepada kemampuan. Bahkan masing-masing saling memerlukan. Betul tak? 

Lengkap-melengkapilah. Di situ ada kemanisannya.

Toleransi. Berilmu. Berkerjasama. Beriman.
Kita mampu mengubahknya. InsyaAllah. .

------------------

Gambar di atas tu diedit oleh seorang yang saya tak kenali.
Tapi yang pasti rakan di fb. Acecece..... 

Dush !


Sekian.
Qawiem Khairi.
Irbid Jordan.



Sunday, January 27, 2013

5
Komen
~ Wajah Bercahaya ~


Qawiem Khairi | Make up untuk satu malam permentasan di Jordan. 

Kalau kita baik di dunia, kebaikan itulah yang kita akan bawa balik bertemu Allah nanti.
Tapi kalau kita jahat, maka kejahatanlah yang akan mengiringi kita.

Hakikatnya siapa kita di dunia, 
kita yang sama lah yang akan bertemu dengan Allah.
Mana mungkin kita mahu berwajahkan orang soleh penuh bercahaya, 
sedangkan di dunia bukan itu wajah kita.

Sama-sama bergerak maju menjadi yang lebih baik.
Walaupun kadang-kala kita terjatuh berkali-kali.


Sekian Terima Kasih.
Qawiem Khairi.
Irbid Jordan.
 




Sunday, January 20, 2013

6
Komen
~ Takut Orang Kata ~

Qawiem Khairi | Vlogger at Langit Ilahi,

"Aku tak boleh."

Kita sanggup menggunakan ayat ini untuk menutup potensi yang berkuasa,
 semata-mata disebabkan perasaan malu 'takut orang kata'.

---------------

Oh, betapa ruginya.


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Tuesday, January 15, 2013

6
Komen
~ Lautan Rabbani 2013 ~

Qawiem Khairi | 2012 sudah pergi. Dalamnya, aku belajar banyak benda. Terima kasih Allah. =)

Update pertama tahun 2013. Hihi.

Setelah habisnya exam, akhirnya cuti. 

Dan sekarang penantian untuk masuk sem yang seterusnya. 

Harapan untuk sem depan, saya lebih series dan bersungguh lagi.
Dengan adanya semangat 'cuti lepas tu balik Msia'.
Yeayyy !! 2013 aku balik Mesiaaaa ! 

Baideweh, tak sabar nak jumpa family dan teman-teman tercyntA. ^^

------------

Ada masa kita acapkali berkata rindu, rindu dan rindu kepada seseorang.
Tapi sejauh mana rindu itu mampu membuahkan nama mereka disebut di dalam doa kita?

Sungguh, aku rindu kamu.
Terima kasih sebab selalu stalk diri ini. Muwahaha.
Perasan. 


Sekian. 
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 





Wednesday, January 2, 2013

2
Komen
~ V4 : Pumpang ! ~

Qawiem Khairi | Mereka yang menjayakan Pumpang ! ^^

Waduh-waduh. Agak lama juga aden tidak mengupdate blog.
Bukan tak mahu update, tapi masalahnya internet rumah aden problem baru-baru ini. 
Bikin tukar baru. Tambahan pula, aden sekarang dalam fatrah final exam. 
Bisa aja masa aden sibuk bangat. Tapi enggak apa-apa, aden tetap akan mengusahakannya. Agar, blog ini tidaklah menjadi seperti tempat pembiakan sang krik-krik.

Jangan hirau dengan gaya dan tarian bahasa di atas. Agak kelam-kabut bunyinya.

Hmm.. sebenarnya nak kongsikan vlog 4 kali ni. Dah tengok? Ahaa... mesti tak tengok lagi kan.
So, takdak masalah. Sedangkan kalau esok kiamat, hari ini kita masih disuruh untuk tanam benih andaikata benih tersebut ada dalam tangan kita, inikan pula vlog 4 yang masih belum tengok.

Ish.. apa aku mengarut ni. Sorry semua. Update blog jam 2am. Berhenti sat lepas study.
Hehe.. sebab tu kot jadi macam ni.

Hmm.. takpa. Kita santai-santai ja. Bukan ada guru bahasa melayu nak check spelling dan tatabahasa kan.
Dan aku yakin, entry aku ni takdak skema jawapan pun. So, boleh tulis ja macam mana yang dikira sesuai.
Betul tak? Tapi.. shhh... (Tengok kiri kanan, sambil jari telunjuk di mulut)

Okay.. saja buat gaya macam tu. Haha.

Dah-dah, seteret tu de pointer.. Vlog Pumpang ni aku ada bawak sedikit kelainan kalau nak tahu.
Ada benda yang aku tak cerita secara terus. Kena fikir sendiri. 

Dan ada benda yang aku dah rumuskan siap-siap. Tinggal nak suap ke mulut ja.

Baiklah. Tak mahu tulis banyak-banyak. Dakwat pun dah nak habis. Nak tahu apa itu Pumpang, jom !

Klik di bawah deh. Moga bermanfaat. Dan moga Allah kira sebagai amal soleh.
Amin. Maassalamah. 






Klik juga : ~ V3 : Kek Coklat ~


Sekian.
Terima kasih.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.