Saturday, December 15, 2012

2
Komen
~ Perlu Berkaca Mata ~

Qawiem Khairi | Kami family perantau 

Gambar di atas adalah anak-anak Perlis yang menyambung pengajian di Jordan.
Kami tak ramai macam negeri lain sampai ada yang 4oo lebih. Perlis dekat 40 orang macam tu ja.

Tapi, itu bukan penghalang untuk kami tidak boleh ber'mesra' kan.
Be'ramah mesra' lah maksudnya. Hoho. Nanti pikir 'mesra' lain pulak. :D

Kadang-kadang aku tanya diri aku sendiri, kenapa mesti aku jumpa mereka ini di Jordan?
Sedangkan waktu di Perlis dulu, tak pernah pun nak jumpa. Apatah lagi nak kenal.

Pikir pi pikir mai, aku dapat jawapan.
Inilah hikmah musafir di perantauan. Bila di Msia khususnya Perlis, kita dah ada keluarga sendiri.
So, bila terbang ke luar negara, mana nak ada dah family bagai. Sendiri rindu sendiri mau tanggung lah.
Takdak dah bila ada masalah datang, mak ayah yang akan selesaikan. Kita lah yang kena usaha sendiri.
Fuh.. tabah kot anak-anak perantau ni. Ngee..

Sebab itu, dengan kasih sayangNya, Allah tak biarkan kita bersendirian.
Allah hadirkan orang-orang yang baik bersama kita. Ada masalah, kita boleh kongsi-kongsi dengan mereka. Ada cerita, kita boleh berstory telling. Ada duit lebih, boleh belanja-belanja. Pergi jalan sekali-sekala pusing-pusing taman. Bila sedih teringat kat family, boleh buat bulatan gembira pastu nangis ramai-ramai. Ahaa.. itulah jawapannya. Hihihoha.

Tapi soalan aku di atas tu bukan ada skema jawapan pun. Kih3. Masing-masing punya jawapan tersendiri.  Kita pandang positif, kita akan jumpa jawapan positif. Pandang sebaliknya, begitulah juga jawapannya.

Hmm.. memang santai tak boleh blah entry aku kali ni. Kikiki. 

Cuma sedikitlah nasihat aku kepada anak perantau. Tak kisahlah merantau kat mana sekalipun.
Samada di luar negara atau dalam negara. Asal jauh dari mak ayah, dikira merantau lah tu.

Nasihatnya, belajarlah untuk 'berkaca mata'kan positif. Apa-apa yang berlaku kepada kita sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita ready atau tidak, sama ada kita mahu atau tidak, positiflah. Berbaik sangkalah.

Sebabnya, kalau kita memandang semua perkara dengan pandangan positif, campaklah kat mana sekalipun, kita dah tak takut. Kita dah tak risau dan tak cemas. Sebab kita tahu, apa yang terjadi atau akan terjadi kepada kita.. semuanya punya hikmah. Betul tak? 
Ohya, lagi pun, sapa yang berkaca mata, dia nampak cool beb.

Namun, andai awal-awal lagi kita dah ber'tempurung'kan negatif, habislah.
Hatta benda yang sepatutnya baik untuk kita, tapi kita terus membakul sampah semuanya, rugilah. Hmm..

----------------

Hoyyeah. Balik pada gambar di atas. Anak-anak Perlis di Jordan.
Siapa ketua mereka? Ahaaa... ini soalan penting. Haha.. bajet ada orang nak tanya.

Tapi, kalau betul ada yang nak tahu.. aku malas nak cerita sebenarnya. :D
Cuma aku boleh cakap, ketua mereka adalah salah seorang bro yang sedang duduk atas kerusi tu.
Carilah sendiri ya. Muahaha.

Yeah... Thats all for today. See you next tyem. Salam.


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 




2 comments:

  1. Kadang - kadang manusia ni takut dan tak berani untuk mencuba sesuatu

    takut memikirkan apa orang kata.. takut apa yang dilakukan menemui kegagalan dan macam-macam lagi

    Macamana umat Islam nak ke depan kalau asyik ber'tempurung'kan negatif. hehe

    ByTheWay, nice entry.
    rasa seronok blogwalking dekat sini. Banyak manfaat dan pengetahuan yang diperoleh. ^__^

    ReplyDelete
  2. snsib lah kite. Dok kt ngre org nie kne buat relax je, "padahal ketak lutut eden weh" sme kos lah bro. bile abeh?. -bkn ank perlis-

    ReplyDelete