Wednesday, October 10, 2012

0
Komen
~ Mereka Bukan Mimpi ~

Kenangan aku dengan mereka ketika aku masih kecil. Itu bukan mimpi. | Qawiem Khairi

" The most beautiful thing in this world is to see your parents smiling. "

Setiap waktu aku merindui mereka.
Yang membesarkan aku dengan penuh kasih dan sayang.
Apakah ada hadiah yang lebih teristimewa daripada mereka berdua?

Kita ini selalu begitu kan..
Bila ada di hadapan mata, jarang sekali kita mahu menghargainya.
Hingga kadang-kadang, kita hanya seronok dalam dunia kita sendiri.

Pernah sahaja kita dimarahi dan dinasihati mereka.
Pernah sahaja kita dirotan dan dipukul mereka.
Luarnya nampak seakan 'sayang' tidak ada pada mereka.

Tetapi bila tiba saat kita lemah, sakit dan tidak berupaya.
Merekalah yang datang mendekat kepada kita.
Membantu dan menceriakan.
Menolong dan mempermudahkan.

Kita ini selalu begitu kan..

'Sayang' mereka adalah yang luar biasa.
Bukan manis dimulut semata.
Sebaliknya 'sayang' mereka mahu melihat kita membesar menjadi manusia yang berguna.

Tanyalah pada hati kecil wahai diri,
apakah masih ada hadiah yang teristimewa daripada mereka berdua ?

Kalau jawabnya tiada, tidakkah kita mahu menghargainya?


Seorang anak,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



No comments:

Post a Comment