Monday, May 7, 2012

11
Komen
~ Bicara Hati Dari Papan Kunci ~


Allahyarham Hasseeb. Di tengah-tengah gambar. :'(


Saya masih setia dangan niat asal untuk menghasilkan beberapa entry mengenai sahabat yang dikasihi
iaitu Allahyarham Abdul Hasseeb b Abdul Majid. Tapi kali ini anda tidak akan banyak membaca catatan saya, tetapi catatan sahabat-sahabat saya yang lain mengenai arwah.

Ada orang kata, macam tidak ada isu lain nak dibincangkan di blog. Asyik-asyik mengenai kematian.
So, jawapan saya ringkas saja. Bila orang yang kita sayang meninggal, mesti kita akan teringat dan terimbau kenangan kita bersama si fulan yang meninggal.

Ala, contoh mudah adik-beradik kita. Bayangkan kalau mereka yang meninggal. Boleh menangis sepanjang malam. Begitu jugalah apa yang saya rasa pada sahabat ini. Moga Allah mengampuni dosa-dosa arwah. Amin. 

Itu sahaja. Dan di bawah ini, adalah luahan rasa hati batch saya terhadap arwah.


Kita dahulu pernah bermain sekali dengan arwah sebenarnya.



Kita dahulu pernah belajar satu kelas dengan arwah rupanya.



“hasseb yg aku knal dia mmg pendiam...aku pnah skali tngok die marah dan mmg aku x berani dh nak kaco...tapi time form 5 aku ade la lepak2 ngan die. die ni lawak gak...klakar giler cara die gelak buatkn aku nk glak gak...hahhaha...time nk ambik sijil spm pn aku ade lepak umah die tp skjap je la.....tkjut gak dngar hasseb dh x de...hmmmm...semoga die ditempatkan di syurga...
(Lelaki Misteri)


***************


“Beliau seorang yang pendiam bagi sesiapa yang tidak mengenalinya. Tetapi seorang yang sgt periang bagi kami. Ana byk kenangan bersamanya ketika kami sama-sama menguruskan Program Usahawan Muda (PUM). Seorang yang byk membantu dlm menyelesaikan masalah. Teringat ana, dulu kalau pasal dadih atau susu kambing, mesti pujuk-pujuk dia bawa untuk kami sebab dia anak taukeh. Hehe. Moga Allah merahmati beliau dan tempatkan beliau bersama-sama para solihin.”
(Pengiran Muhammad Badi'uzzaman Tahun 1 Pergigian Universiti Tanta, Egypt)


***************



“Hasseb. Bila terkenangkan peribadi ini, lidah bagai terpenjara, mulut terkunci diam seribu bahasa. Berita pemergiannya amat tidak kusangka. Setelah berlelahan pulang dari Amman (ibu negara Jordan) kerana menghadiri sebuah pertemuan dengan sahabat di sana, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan ini.

Mungkin kerana telalu letih, aku tidak mampu menangis tetapi hakikatnya Allah juga yang tahu bahawa hibanya hati ini bila seorang sahabat yang aku kenal dengan Ukhuwah Islamiyah menjadi tunggak persahabatan kami telah dijemput dulu oleh Yang Maha Agung. Meski pun permulaan hidupku di Matri aku tidak terlalu rapat dengan arwah disebabkan kami berbeza dorm tetepi kehilangannya turut dirasai.

Apabila usia kami menjangkau 16 tahun iaitu ketika di tingkatan 4, aku mula merasa ukhuwah yang terjalin antara kami semakin erat kerana kami berkerjasama dalam menjayakan ‘bisnes’ kecil-kecilan kami di bawah medium Program Usahawan Muda. Beliau mungkin sedikit tegas tetapi yang pasti beliau baik hati juga tidak meninggi diri meski pun beliau adalah anak kepada antara usahawan yang berjaya di Perlis. Ilmu yang beliau warisi oleh bapanya sedikit sebanyak dikongsi bersama.

Setelah tamat SPM, masing-masing membawa hala tuju sendiri. Selama saya di sini saya jarang berhubungan dengan beliau. Tetapi setelah mendapat berita bahawa beliau ditimpa musibah dengan sakit yang agak teruk hingga telah meng’heret’ tubuhnya untuk ditahan di dalam wad, saya mula mengikuti perkembangan kesihatan beliau. Akibat keterbatasan berhubungan, saya hanya dapat tahu serba sedikit dan pernah bertanya khabar.

Yang mengejutkan saya, mulanya saya dapat berita bahawa beliau beransur pulih meskipun penyakitnya itu sukar untuk diubati berdasarkan post-post beliau sendiri atau doa sahabat-sahabat lain kepada beliau, tetapi akhirnya berita tidak diingini juga bertandang di cuping telinga. Walaupun begitu, saya tetap yakin bahawa ada hikmahnya Allah memanggil beliau dahulu pulang kesisinya kerana bagi saya arwah adalah orang baik-baik. Mungkin Allah lebih menyayangi beliau. Moga Allah rahmati beliau di sana….”
(Muhammad Uzair Izham | Tahun 2 Usuluddin | Yarmouk Jordan)


******************

“Abdul Hasseeb bin Abdul Majid. Sepanjang perkenalan, beliau adalah seorang sahabat yg tabah, ceria, tenang serta boleh diharap. Beliau sgt suka mnolong org. Haseeb jgk seorg yg jrg complain jika ada mslah. Namun begitu, Allah lebih syngkan beliau, haseeb. Wlaupun kita x dpt jmpa kat sini, smoga DIA pertemukan kita kat sana.”
(Muhammad Hanif bin Ahmad Tarmizi | Tahun 1 | USM-KLE IMP ,INDIA)


*****************



"Hasseeb pada ana seorang yang agak pendiam tapi bicaranya yg sikit tu sentiasa menghiburkan. Tak lokek dgn senyuman. Seorang yang selalu ringan tulang membantu shbtnya, malah sangat rendah hati. Walaupun tak bnyk sgt pengalaman ana dgn beliau, tapi ana bersaksi  bhw beliau seorng shbt yg ckp baik. Moga Allah tmptkn beliau bersama para muttaqin".~ <3
(Nazeer Mukhlis bin Zakaria | Tahun 2 | Alexandria University)



*****************

"Sahabat seorang yang berpewatakan tenang, kurang bicara dan murah dengan senyuman. Pengalaman berhalaqah bersama sudah pasti akan menjadi kenangan selamanya. Selepas Allah menjemput pulang mas'ul kami Cikgu Desa, siapa sangka anak halaqahnya pula menyusuli. Moga Allah tempatkan mutarabbi ini bersama sang murabbinya."
(Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd Khair Tahun 1 University of Toronto)


******************



"Beliau merupakan seorang yang sangat prihatin dan rajin membantu kami. Senyumannya sentiasa dipamerkan hari-hari sehingga ke sampai hari ini, ukiran senyuman itu masih segar dalam hati kami. Ya Allah,moga Kau tempatkan sahabatku ini dalam kalangan orang-orang yang beriman yang mendapat perlindungan daripada-Mu di hari akhirat kelak"
(Saiful Islam bin Mohd Fozi | Tahun 2 Dentist | University of Alexandria)


*******************




“Sememangnya arwah Hasseb memang seorang yang baik hati. Suka menolong sahabat yang ketika susah. Dia juga nampak pendiam, tetapi bila berbicara pasti banyak yang membuatkan ketawa kami pecah. Ketika di MATRI dulu, aku memang seorang yang agak boros. Dan aku secara sukarela melantik Hasseb sebagai 'menteri kewangan' memandangkan arwah Hasseb memang pakar dalam bab menyimpan duit. Setiap hari dia akan bagi aku RM1 (duit aku) untuk aku belanja buat makan supaya aku tak boros. Hmm, pemergian Hasseb memang amat dirasai. Moga Allah SWT merahmati rohnya & tempatkannya dalam kalangan orang yang soleh. Ameeen!”
Mohamad Fakhruddin Ab Ghani [Pak Din] | Sem 4 Tahun 2 | Dip Pengajian Islam | KISDAR



*******************


"Arwah seorg yg sgt baik dan pemurah. Payah nk tgk dia marah. Walaupon dia nmpk mcm pendiam tp sebenarnye dia sgt ceria. Dulu saya satu dorm dan satu kelas dgn dia byk kenangan kami lalui bersama. Ada satu ayat yg dia sll ulang dan membuatkan saya dan shbt2 lain ketawa 'Macammana? Ada cara dia!'. Tetapi itu semua hny kenangan. Semoga Allah menempatkan beliau dgn kalangan org beriman.
(Abdullah Afifi bin Idris)


*******************



“Abdul Hasseeb Bin Abdul Majid.. perwatakannya lebih dikenali dgn seorang yang pendiam, tetapi bilamana bersama sahabat2 terdekat beliau menjadi seorang yang amat ceria dgn senyumannya yang 1000 dlm satu. masih bermain di fikiranku semasa zaman persekolahan dahulu beliau sentiasa tersenyum melayani kerenah sahabat2. sejak lepas SPM sudah lama aku tidak berjumpa dgnnya, tetapi baru2 ini aku dikejutkan dgn berita pemergiannya.

Allah telah memangilnya pergi dahulu, Allah ternyata lebih menyanyanginya. Kadang2 aku terfikir manusia ini akan menghargai sesuatu itu bilamana ianya telah pergi dan hilang buat selama2nya. Moga Ukhwah kita tetap utuh dan teguh sampai akhirat. hargaila ape yg ade di samping kita selagi mana kita mampu bersamanya. andai hidup punca perpisahan, biarla mati menyambungnya semula. Moga Beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman. May Allah Bless Us.
(Muhammad Anas Hakim Bin Zakaria Tahun 3 | Diploma Perakaunan UTM, KTD)


********************


“Berukhwah dengannya merupakan pengalaman yang sangat indah. Banyak yang saya pelajari dari beliau. Beliau seorang yang tenang, sedikit bergurau banyak tersenyum, sangat pemurah. 
Ya Allah, saksikanlah bahawa dia sahabat yang sangat baik. kami cintai beliau ya Allah. Tempatkan dia di syurgaMu tertinggi.”
(Ramadhan Lotphi | Persediaan Mesir)







-----------------------------
Terima kasih semua.
Jemput singgah sini. Puitis : Berehatlah Sahabat






Sunday, May 6, 2012

12
Komen
~ Puitis : Berehatlah Sahabat ~


Aku sayang kamu sahabat. :'(



Aku tidak tahu dimana salahnya,
aku tidak pasti apa sebabnya,
sedangkan sebelum ini semuanya ok saja,
tapi hari ini dunia seakan hilang serinya.

Aku cuba untuk berbaik sangka,
yang hari ini seperti hari-hari biasa,
namun hati tidak bisa berdusta,
sekalipun lidah menipu kata.

Ketahuilah sahabat hari ini aku teringat cerita kita,
cerita kita senang bersama,
cerita kita bersama gembira,
cerita kita bergaduh sengketa,
cerita kita bermasam muka,
dan kini semua itu kembali menusub jiwa.

Oh sahabat.

Cerita kita bukanlah selamanya manis,
adakala kita bertikam lidah jua,
adakala kita terpaksa akur yang kita manusia.

Pasti ada yang tidak kena,
bukan selamanya sama,
ada juga perbezaannya,
dan perbezaan itu banyak mengeratkan kita.

Hari ini tertumpah juga air mata di perantauan,
khusus buatmu sahabat tercinta,
dengan pemergianmu meninggalkan aku dan teman,
tanpa sempat kita bersua,
walau di penghujung detik-detik kehidupan.

Moga di sana,
menjadikan kesenangan dan kerehatan sebagai pengganti kami,
demi harapan dan doa,
buatmu sahabat selamanya.

Sekian,
Pelaut Rabbani.
Perantauan di Jordan.


Hari ini saya mengenangkan pemergian seorang sahabat yang baik dalam kehidupan saya. Meninggal kerana mengidap kanser.
[Allahyarham Abdul Hasseeb bin Abdul Majid]

Dia pendiam, tapi diam dia berisi. Dia bergurau, tapi gurauannya memecah suasana sunyi. Sungguh, dia antara sahabat yang banyak membantu saya dahulu.

Arwah adalah satu-satunya sahabat dari batch kami yang telah pergi mengadap Ilahi.

Buat sahabat-sahabat pembaca sekalian, jangan lupa mndoakan sahabat saya ini.
Moga –moga ada doa dalam kalangan kita yang dimakbulkan Allah lalu memberi kebaikan buat sahabat yang saya kasihi ini.

Jemput singgah juga di siniBicara Hati Dari Papan Kunci


Tuesday, May 1, 2012

2
Komen
~ Itulah Air Mata Ibu ~







Ada apa pada air mata?
Boleh jadi, kerananya kita masuk ke syurga.
Boleh jadi, kerananya kita dicampak ke neraka.

"Berhati-hatilah dengan air mata itu."