Kita akan berlayar dengan berpandukan 'bintang' yang kita percaya.
Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari daripada manusia yang kita sayang. Daripada manusia yang kita cinta seikhlas hati. Daripada manusia yang sentiasa ingin melihat kita berjaya dan menang. Daripada manusia yang kita benci. Daripada manusia yang kita percaya separuh hati. Daripada manusia yang kita kagumi dan ingin contohi.
Oleh sebab itu, kehidupan kita tidak akan jadi seperti sekarang sekiranya manusia yang disebutkan di atas tidak wujud dalam hidup kita.
Apabila kita bertemu dengan mereka, maka segenap perasaan dan citarasa seakan bermain seperti tarik tali. Sekejap kita ceria. Sekejap kita rasa berbunga. Sekejap kita sedih. Sekejap kita rasa meluat dan kemudian bertukar menjadi gembira kembali.
Bahkan semua itu perkara biasa. Langsung tidak lari dari kebiasaan. Sememangnya perasaan-perasaan ini kadang-kadang membuatkan kita sedar bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah. Perlu bergantung kepada pemilik hati. Perlu berharap kepada yang mampu membuka pintu rahmat dari langit tinggi.
Namun, di tengah-tengah kita sedang bermain tarik tali, sebenarnya ramai yang tersungkur tewas. Ramai yang tenggelam lemas. Tidak terkecuali juga mereka yang baik boleh bertukar menjadi ganas.
Sebab apa? Hati dan perasaan adalah dalaman. Apabila kita cuba bersikap seperti kita adalah pemilik kunci hati, maka penghujungnya kita akan rasa bahawa kita keseorangan. Malah, kunci yang kita pegang adalah kunci yang palsu dan tidak berfungsi.
Jadi, apa yang perlu kita buat? Pertama, kita kena usaha untuk berbaik-baik dengan ‘pintu hati’. Seterusnya, kita kena merapat kepada Pemilik Kunci yang sebenar. Berdoa dan meminta kepadaNya.
Barulah bunga yang kita cinta tidak akan menjadi tahi ayam. Barulah jiwa yang panas dengan hasad dengki akan berakhir dengan jiwa yang tenteram. Barulah idola yang kita kagum dan ingin contohi itu tidak membawa kita ke lembah kegelapan malam. Dan barulah insan yang kita sayang itu, kita akan jaga baik-baik agar kita dan dia terselamat dari neraka Jahanam.
Semuanya kita akan dapat apabila kita meletakkan pengharapan dan pergantungan kepada Pemegang kunci tersebut. Serta kita tahu, bahawa Dialah yang akan menilai segala-galanya. Tidak kira pada luaran mahupun dalaman.
Hakikat Hujan Akan Turun Dari Langit
Artikel kali ini, kita akan membicarakan tentang manusia yang kita segani. Yang kita angkat mereka menjadi insan idaman. Boleh? Jom.. Enjoy..
Sebagai manusia, saya dan anda kita sama juga serupa. Tidak ada beza. Kerana kita masing-masing mempunyai contoh yang kita kagum. Dan itu adalah lumrah. Bahkan adalah api pembakar semangat yang sukar dipadam dan disiram bilamana kita benar-benar kagum kepada seseorang.
“Saya minat menulis blog.”
Maka, dia ada contoh dan manusia yang dikaguminya.
“Saya suka menyanyi.”
Maka, dia ada contoh dan manusia yang dipercayainya.
“Saya suka main bola dan badminton.”
Maka, dia ada contoh dan manusia yang ingin berdiri sama tinggi dengan mereka.
Lihat. Mustahil bagi kita yang meminati sesuatu dalam masa yang sama tidak ada idola atau manusia yang ingin dicontohi? Malah, semestinya kita tahu bahawa apabila kita ingin mencontohi seseorang, sudah pasti terdapat beberapa kelebihan atau kejayaan yang telah dicipta, menyebabkan kita yang biasa-biasa ini mengambil mereka sebagai ‘role model’ untuk melakar dan menandingi sejarah lama.
Ok. Saya ingin membawa anda semua melihat realiti. Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti kenal dengan Afdlin Syauki bukan? Bunyi pelik pula kalau ada yang tidak kenal.
Beliau seorang pelakon, pelawak, juga pengarah filem di negara kita. Dan saya tahu, ramai sahaja dalam kalangan kita yang mengambil beliau sebagai contoh. Mungkin dalam kehebatan beliau yang kreatif menghasilkan drama komedi dan sebagainya.
Walaupun begitu, rupa-rupanya Afdlin Syauki juga mempunya ‘hero’ dalam bidang seni yang diceburinya. Siapa? Seorang pelawak lagi terkenal. Iaitu Harun Salim Bachik. Nampak? Hakikat hero yang kita jadikan itu adalah pelawak, maka kita tidak akan jadi ustaz. Kita tidak akan jadi chef memasak. Pasti kita akan jadi pelawak juga.
Terbuktilah kaitannya. Hakikat hujan akan turun dari langit. Tidak sesekali akan muncul dari bumi. Melainkan dengan izinNya.
Nama yang Saya Kagumi
Satu ketika dahulu, saya pernah ditanya akan siapa yang saya ingin jadi. Jawapan mudah dan telus adalah Micheal Jackson. Sedangkan saya sendiri tidak tahu siapakah Micheal Jackson. Yang saya tahu, dia manusia yang hebat. Nyanyian lagunya meruntunkan jiwa pendengar. Tarian gerak badannya memukau yang melihat. Ditambah zaman itu, ramai kawan-kawan saya menceritakan perihalnya, membuatkan saya hanya berkata - aku perlu menjadi sepertinya.
Tetapi, setelah usia kian meningkat. Pandangan kian meluas. Saya lihat bukan lagi manusia seperti Micheal Jackson sahaja yang hebat, tetapi lebih ramai lagi orang-orang islam yang tidak pernah saya kenal sewaktu kecil, bila besar saya terasa semacam dengan mereka ini. Tersangat dasyat.
Dan salah seorang daripada mereka, adalah manusia yang ingin saya contohi dan teladani. Selalu juga saya menulis tentang tokoh yang saya segani dan kagumi ini. Yang pelik, saya tidak pula rasa jemu untuk cuba mengkajinya. Siapa?
Dialah Sultan Muhammad II bin Sultan Murad II. Dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalahSultan Murad II(1404–1451) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Apa kehebatan Sultan Muhammad? Semua orang sudah tahu. Hatta, kehebatan baginda juga telah diakui oleh seorang sahabat nabi iaitu Abu Ayyub Al-Ansari. Abu Ayyub pernah mengikuti ekspedisi perang menentang tenteraRomdi Konstantinopel ketika di zaman kerajaanBani Umaiyah.
Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Konstantinopel dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah ;
"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Itulah tentera Sultan Muhammad. Mungkin anda semua boleh selami kehebatannya di sini.Namanya Mencipta Lagenda
Dan boleh tambah dengan tontonan di sini. Cubalah luang masa seketika. InsyaAllah tak rugi. ^^
Rasa rugi. Rugi sangat siapa yang tidak kenal pada baginda.
Akhir : Carilah Hero Yang Boleh Menyelamatkan
Seorang bayi yang telah dilahirkan. Tetapi sayangnya, dia dilahirkan di dalam hutan. Membesarlah dia dengan belas kesian binatang. Sehingga dia besar, dia tidak mampu bercakap. Sedangkan dia tidak bisu. Apatah lagi pekak.
Kenapa tidak boleh bercakap? Sebab tidak ada yang boleh mengajar dia bercakap. Sebab dia tidak tahu bagaimana ingin bercakap. Malah, dia tidak ada contoh untuk ditiru. Akhirnya, dia hanya mampu menjerit dan memekik seperti serigala.
Kerana dari kecil, hanya ngauman serigala sahaja yang didengari. Maka, bila besar.. itu sahaja yang boleh dihasilkan walaupun pada asalnya dia bukanlah manusia yang bisu.
Siapakah ‘dia’ yang dimaksudkan? Dialah yang kita panggil ‘Tarzan’.
Bagaimana? Sudah jelas akan pengaruh hero? Oleh itu, pilihlah hero yang baik-baik. Yang boleh membawa kita mengenal Allah. Yang boleh menyelamatkan kita apabila pulang bertemu dengan Allah.
Hero. Tulang belakangnya adalah penyelamat. Biarlah hero kita itu yang betul-betul boleh menyelamatkan. Tidak pula merosakkan masa depan. Sekiranya hero yang kita pilih itu adalah yang mengaum seperti serigala, maka kita tidak ubah seperti cerita tarzan di tadi..
Harap, anda semua jelas dengan apa yang ingin disampaikan.
Rasanya, sampai di sini sahaja.. insyaAllah ada masa kita jumpa lagi nanti. Jutaan terima kasih atas keluangan masa membaca dan mengunjungi laman ini.
Salah dan silap haraf dimaafkan. Tidak cukup dengan itu, silalah tinggalkan teguran untuk dilakukan perubahan. Sekian.
P/s : -
- Takziah buat keluarga kak nawal atas pemergian Tok Pin yang disayangi. Moga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau.
- Jutaan terima kasih buat sahabat Salman Sukri, Ahmad Fathullah dan Saleem Wahab nun jauh di sana.
Seseorang yang menutup aurat daripada pandangan umum namun mendedahkan aurat melalui laman sosial atau sewaktu dengannya, lalu menganggap perbuatan sebegini tidak salah dalam masa yang sama mengharap syurga maka harapannya ibarat mengejar fatamorgana di gunung sehara.
Kerana salah dan dosa dikira sama sahaja hukumnya sama ada mendedahkan aurat secara terang-terangan atau dalam laman sesawang. Bahkan melalui laman sesawang juga kadang-kadang lebih menimbulkan fitnah dan membangkitkan nafsu syahwat.
Cuba kita tanya sendiri. Untuk apa kita meletakkan gambar kita dengan gaya serta style yang menggoda dan menarik perhatian ramai? Untuk minta pujian orang? Untuk menunjuk kepada semua bahawa kita adalah gadis melayu terakhir? Untuk membuktikan kesungguhan kita mensyukuri nikmat Allah? Atau inginkan populariti murahan dengan rupa yang mengujakan? Jawapan yang sebetulnya hanya anda yang tahu.
Cuma saya secara peribadi ingin mengkhabarkan satu perkara. Sedarlah bahawa 'kalian' yang memegang rupa paras sebagai seorang wanita juga menjalani setiap detik kehidupan sebagai kaum hawa, sebenarnya kualiti dan harga kalian tersangat-sangat mahal. Tidak mampu dibeli oleh mereka yang miskin akhlak dan iman. Tetapi mampu dimiliki oleh mereka yang kaya peribadi dan sejahtera ikatan pergantungan
kepada Allah.
Yang kesiannya sekarang, ramai yang tidak faham akan hakikat fitrah ini.
Ayuh hayati bingkisannya. Moga ada manfaat.
Sementara menunggu video di atas loading, apakata anda ke laman ini. Maruah aku sudah buruk? Lihat semula hati kita. Lihat semula jiwa kita. Dan kita yang menentukan siapakah diri kita yang sebenarnya.
Oleh sebab itu, Tontonan Nasihat kali ini membawa kita semua untuk mendengar penjelasan lanjut tentang wali dalam kalangan makhluk.
Ia bukan tentang kumpulan Wali Band.
Ia juga bukan tentang Wali yang ada dalam rukun dan syarat sah nikah.
Tetapi ia berkisarkan Wali yang dicampakkan karamah kepada mereka.
Sementara menunggu video di atas 'loading', saya sangat-sangat syorkan untuk anda klik laman ini. Brohamzah dan Blog. Penting bagi kita yang bergelar blogger. Tidak kiralah pangkat kita famous, paling popular atau otai di alam maya, ia tetap untuk kita.
Petang itu cuaca agak mendung. Awan-awan hitam mundar-mandir di dada langit. Memberi petanda awal buat penduduk berdekatan yang bumi akan disimbah hujan. Burung-burung yang dari tadi bising dengan nyanyian sudah pulang ke teratak masing-masing. Berkata mereka di dalam hati, tidur ketika itu adalah waktu yang sangat menyelerakan.
Angin yang pada asalnya hanya sepoi-sepoi bahasa bertukar kepada deruan udara yang laju. Deras membelah langit. Hingga menerbangkan beberapa ekor semut yang sedang bersiar-siar di laman dapur restoran. Lalu, menangislah sang anak apabila melihat sang bapa terapung-apung dibawa angin.
Dalam pada itu, kebanyakan kedai makan sudah mula berkemas. Melakukan persediaan awal sebelum hujan lebat membasahi.
Namun, di penjuru restoran tersebut masih bersantai dua orang jejaka idaman. Berborak itu dan ini, bergurau canda ibarat dunia aku yang punya. Masing-masing tidak hairan dengan cuaca yang sudah semakin gelap dek tutupan awan hitam yang gebu tersusun rapi. Sepertinya mereka ini sedang membincangkan sesuatu yang serius bahkan diselik juga gurau-canda yang akhirnya gelak ketawa yang mengisi ruangan.
Comel giler. Tetapi kau kata buruk?
"Eh, kau tahu aku tengok awek tu cun giler. Memang berkenanla aku tengok muka dia. Tambah-tambah bila dia senyum kat aku tadi. Peerggh.. mcm nak rak ar jantung aku ni." Adu Amran kepada Nabil bersungguh.
"Sapa dia awek tu? Aku kenal tak? Cita sikit. Aku nak kenal gak." Nabil mengaju soalan tanda meraikan temannya. Tetapi monolog dalamannya berbicara sendiri. Siapala gadis yang malang itu.
"Ala. Kau ingat tak yang aku angkat tangan kat dia tadi. Pastu dia senyum-senyum kat aku. Yang tu la. Lagi pun aku tengok dia tu tak la teruk sangat perangai. Boleh makan samanla." Amran melemparkan pandangannya ke luar restoran. Sambil memerhatikan renyai-renyai hujan membasahi jalan.
"Hah! Wei kau biar batul. Perempuan yang hitam tu? Mana sesuai dengan kau. Kau putih dia hitam, bikin jadi taik cicak aku tengok korang berdua ni nanti. Hahaha." Gelak. Tidak tertahan Nabil apabila melihat citarasa temannya yang meminati perempuan berkulit hitam.
"Apa kau ni? Hitam ar comel. Nampak sexy bro. Kau apa tahu? Kau pun takde orang yang minat. Sedap je gelakkan aku. Bukan nak sokong member-member." Muka lima puluh sen Amran ditarik menjadi muka sepuluh sen apabila citarasanya dipermainkan.
" Ok-ok. Aku bukan tak sokong. Tapi aku rasa awek tu tak secocokla. Rugi bro kalau kau minat perempuan macam tu. Kau ada rupa. Hensem pun hensem. Kaya lagi. Hidup berstyle. Perempuan tu? Dahla bertudung macam ustazah. Hitam. Kelat. Pekat. Dari pelusuk Nigeria manala dia boleh tersesat kat sini. Eee.. tak kuasa aku melayan." Gerakan badan Nabil seperti lipas kudung membuatkan Amran tergelak sendiri.
"Hahahaha. Lepak ar bil.. Gelabah apesal? Itu kata kau. Ni, kata hati aku ni dah jatuh cinta. Selama aku hidup, belum pernah aku jumpa awek semanis dia. Mana la tau kalau-kalau ada rezeki satu hari kami dipersatukan. Hahaha."
Mereka berdua tergelak serentak apabila Amran mengakhirkan kata-katanya yang agak mustahil di mata Nabil. Sungguh pun ia hanya angan-angan yang tidak berpenghujung cita-cita.
Korban cinta. Andai tidak, ia pasti buta.
Ya. Rata-rata yang terjadi kepada kita apabila mengambil cinta dunia melebihi cinta kita kepada Allah. Akhirnya jadilah seperti mereka yang dikejar tak dapat, yang dikindong berciciran. Apa yang dikejar tak dapat? Dan apa pula yang dikindong berciciran?
Korban cinta. Andai tidak, ia pasti buta. Bagaimanakah?
Saya bawakan ini sebagai jawapan. Pastikan anda tidak terlepas menontonnya. Diskusinya panjang. Tetapi saya yakin ia tidak merugikan.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa di sini. Menonton dengan tekun dan sabar. Mudah-mudahan Allah redha dengan cinta kita yang berputik atas dasar kasih dan sayang padaNya.
Sebenarnya hari ini ingin bersangatan saya membicarakan perihal bahagia dan gembira.
Kerana apa? Ayuh kita selami bersama di laut ini.
Sepertimana yang kita tahu, bahagia dan gembira adalah nikmat yang tidak boleh ditukar ganti dengan emas dan permata. Betul?
Justeru bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan ini.
Berapa banyak ummat manusia yang hidupnya mewah. Duit ibarat terbang berlegar-legar di atas kepala. Sebagai tanda sudah bersedia untuk digunakan.
Tetapi ketenangan di dalam hati terasa sunyi. Kenapa? ^^
Berapa ramai ummat manusia yang tinggi pangkatnya dalam sesebuah organisasi. Malah orang-orang pimpinannya mencecah ke serata negeri.
Tetapi jiwa terasa hambar dengan kebahagian dan kedamaian. Kenapa? ^^
Berapa ramai ummat manusia yang hebat pengaruhnya. Menjadi orang yang disegani kerana ketokohan dan karismanya. Apabila berkata-kata seakan bermain-main dengan perasaan pendengar dan 'audience'nya.
Tetapi siapa tahu di dalam hatinya sendiri penuh dengan keresahan dan kerisauan. Kenapa? ^^
Berapa ramai ummat manusia yang dikelilingi gadis-gadis idaman, cantik dan perawan.
Tetapi perasaan serba tidak kena lebih bermaharajalela berbanding perasaan serba ceria. Kenapa? ^^
Berapa ramai ummat manusia yang menjadi doktor bagi mereka yang ditimpa kesedihan dan kedukaan.
Menjadi pakar rujuk berkenaan soal jiwa dan perasaan.
Tetapi siapa sangka jiwa dan perasaannya sendiri sentiasa tidak tenteram. Kenapa? ^^
Berapa ramai ummat manusia yang ramai sanak saudara dan jiran tetangganya. Senang cerita, kemana sahaja dia pergi pasti ada yang menegurnya.
Tetapi rasa kesunyian dan kesepian itu umpama rasa yang tidak dapat dipisahkan dengan tubuh tuannya. Kenapa? ^^
Beberapa ramai ummat manusia yang tinggi darjat ilmunya. Mencangkupi segala bidang keilmuan dan kefalsafahan.
Tetapi apabila menyentuh soal kebahagian dan kegembiraan. Diri terasa kaku dan asing dengan 'title' tersebut. Kenapa? ^^
Soalan-soalan ini saya biarkan ia terapung-apung di atas air fikiran. Mudah-mudahan suatu hari nanti ia akan terdampar di pulau hati pelaut kehidupan.
Walaubagaimanapun, saya bukanlah seperti mereka yang menghadirkan sejuta satu persoalan tanpa jawapan.
Masih ada kaedah dan seni yang boleh kita selerakkan sebagai kiblat petunjuk jalan.
Jadi, mari bersama saya. Kita menyelusuri satu bingkai kehidupan. Play.
Apa yang boleh kita pelajari dari tontonan ini?
Kalau saya, Abang Bob Lokman cuba berubah dari kegembiraan yang menipu kepada kegembiraan yang sebenar. Dari Kebahagian yang penuh sandiwara kepada kebahagian yang penuh barakah dariNya.
Bertemu lagi kita di pondok mesra ini. Mesra bagi saya sebagai luahan rasa hati dan warna-warni yang diharungi sepanjang perjalanan.
InsyaAllah. Kali ini saya ingin berkongsi satu TN buat anda semua.
" TN tu apa? " tanya anda perlahan di dalam hati sambil menggerakkan anak mata membaca ayat seterusnya.
" Owh, lupa pulak nak kabo. TN adalah singkatan daripada perkataan Tontonan Nasihat yang menjadi salah satu 'point tunggal' di laman ini. Anda boleh lihat di kotak labels. TN juga merupakan inisiatif penulis kearah melempar jauh-jauh rasa jemu dan bosan para pembaca untuk datang ke pondok lautan rabbani. Cuma edisi TN kali ini, mungkin berbeza sikit. Lebih santai dengan kemerduan suara yang dinasyidkan. Jadi, sedialah 'accessory' anda yang berkaitan dengan bunyi sebaiknya." terang mQ panjang lebar sambil senyumannya meleret hingga ke telinga. ^^
Saya percaya pasti ada yang pernah mendengar nasyid ini.
Oleh itu, izinkan saya men'kabo'kan satu perkara. Tidak menjadi satu kesalahan undang-undang di bawah mana-mana akta kerajaan sekalipun sekiranya anda mendengar nasyid ini berulang-ulang kali. (",)
Wokeh.
Sediakan hati. Selamat menghayati.
Beautiful English Nasyeed by Kamal Uddin
Alhamdulillah.
Buat pertama kali saya mendengar nasyid ini, jiwa seakan tertarik. Tertarik untuk mendengar lagi dan lagi.
Walaupun tidaklah saya faham kesemua liriknya, pasti ada yang istimewa disebalik intisari tersiratnya. Jutaan terima kasih kepada teman saya Salman yang memperkenalkan nasyid ini.
Anda?
Bagaimana?
Mudah-mudahan yang baik itu anda merasainya juga. Amin.
Tambahan : Pakcik Wahab - ayah kepada sahabat saya iaitu bro Salim masih tidak sedarkan diri dari koma. Cuma kata doktor keadaan beliau nampak semakin ok. Terus-meneruslah menembak doa. Moga doa yang sama juga malaikat tembakkan buat kita. Amin.
Moga kalian sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria hendaknya.
InsyaAllah, seperti mana yang dijanjikan, saya ada menyatakan bahawa saya akan menyambung artikel yang lepas.
Bukanlah artikel sangat, cuma tayangan kuliyah ringkas daripada Ust Kazim Elias merangkap pengetua di Ma'had Tahfiz Al-Barokah dengan tajuk "Bila ada ayah dan Ibu".
Pesanan saya, bagi sesiapa yang belum menghabiskan tayangan kuliyah bahagian pertama ~ artikel yang lepas, sila habiskan dahulu untuk memudahkan kefahaman dan kejelasan tajuk yang dibicarakan.
Jom!!
Part (2)
~ Ust Kazim Elias ~
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan apa yang disampaikan oleh yang Berbahagia Ustaz Kazim sedikit sebanyak mampu mengetuk benteng keegoan hati dalam masa yang sama memperingati akan pengorbanan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita.
Sebenarnya saudara-saudariku, terdetik akan satu perkara tentang laman Lautan Rabbani ini.
Kelainan dalam memperingati dan mengelakkan rasa boring para pembaca, maka saya cuba untuk mengatasinya dengan memasukkan beberapa tayangan video ringkas sebagai peringatan.
Maknanya, para pelawat sekalian tidaklah perlu membaca artikel sentiasa. (",)
Tetapi mendengar dan menonton.
Itu yang saya fikirkan.
Dalam konteks mencari penawar buat sang racun bergelar " jemu, bosan, dan langli. "
Tak gitu??
Apa pun, anda yang menentukan. Huhu.
Ps : Doa-doalah untuk saya ; moga-moga selepas ini saya pula yang bercakap seperti Ustaz Kazim