Friday, November 9, 2012

6
Komen
~ Berdoa ~

Qawiem Khairi | Cahaya itu bukan cahaya biasa. ~ Pic kudos to R2.

"Berdoalah kepada Ku. Nescaya akan Ku perkenankan kepadamu."

Kadang-kadang bukan sebab Allah tidak perkenankan,
tetapi kita yang tidak ada masa untuk berdoa.
Sedangkan dalam hidup ini,
kita sendiri tahu yang kita sangat memerlukanNya.

Kadang-kadang bukan sebab Allah tidak perkenankan,
tetapi kita sendiri tidak berusaha.
Sedangkan dalam hidup ini,
berlari bersungguh-sungguh sebaliknya cuma dalam mimpi.... itu sia-sia.

Jom ! Mara menuju cita-cita.

Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Wednesday, November 7, 2012

11
Komen
~ Untunglah Jadi Artis ~

Qawiem Khairi | Sedang berlangsung proses pengambaran untuk drama Kasih Cinta Antara Sejadah.
Haha. Tak boleh blah tajuk drama. :p


Apakah menjadi artis itu salah?
Ada orang pernah bertanyakan soalan itu kepada saya.

Jawapannya ringkas.
Dan tak perlu pun panjang-panjang.

Apakah menjadi seorang guru itu salah? Tidak bukan.
Dan apakah yang membezakan seorang guru dan seorang artis?
Bukankah kedua-duanya adalah satu bentuk 'kerjaya'?

Sentuh lelaki perempuan yang bukan mahram.
Tak tutup aurat.
Fitnah sana-sini.
Mempermainkan hukum agama.
Meninggalkan benda-benda wajib dalam beragama.

Jangan kata golongan artis yang bersikap demikian sahaja yang salah.
Yang jadi guru, kemudian bersikap sedemikian pun salah.

Dan satu benda yang perlu kita teropong dan perhalusi, artis tidak pernah salah.
Yang salah, adalah individu-individu yang bersikap tidak baik lalu menjadi artis.

Pesanan untuk diri sendiri, 'Berhati-hatilah dengan populariti dan kemayshuran'.

Jom ke langit ilahi: Menjadi Artis Itu Haram ?

---------------

Proses pengambaran untuk short filem.
Di bawah Kelab Revolusi Multimedia Jordan.

Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


Sunday, November 4, 2012

13
Komen
~ Aku Pilih untuk Diam Saja ~

Qawiem Khairi | Musim sejuk di tahun satu. Ngee.. 

Aku tahu aku tidak mampu.
Aku sedar masanya belum tiba.
Sebab itu aku buat keputusan untuk pendam dulu.
Dan keputusan itu, aku pilih untuk diam saja.

# Tidak mahu memusnahkan bunga yang sedang mekar di taman.

---------------

Bergambar ketika berjaulah mem'pusing'kan ke'jorden'an.
(Saja tambah imbuhan bagi sedap. Haha.)


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.