Wednesday, November 7, 2012

11
Komen
~ Untunglah Jadi Artis ~

Qawiem Khairi | Sedang berlangsung proses pengambaran untuk drama Kasih Cinta Antara Sejadah.
Haha. Tak boleh blah tajuk drama. :p


Apakah menjadi artis itu salah?
Ada orang pernah bertanyakan soalan itu kepada saya.

Jawapannya ringkas.
Dan tak perlu pun panjang-panjang.

Apakah menjadi seorang guru itu salah? Tidak bukan.
Dan apakah yang membezakan seorang guru dan seorang artis?
Bukankah kedua-duanya adalah satu bentuk 'kerjaya'?

Sentuh lelaki perempuan yang bukan mahram.
Tak tutup aurat.
Fitnah sana-sini.
Mempermainkan hukum agama.
Meninggalkan benda-benda wajib dalam beragama.

Jangan kata golongan artis yang bersikap demikian sahaja yang salah.
Yang jadi guru, kemudian bersikap sedemikian pun salah.

Dan satu benda yang perlu kita teropong dan perhalusi, artis tidak pernah salah.
Yang salah, adalah individu-individu yang bersikap tidak baik lalu menjadi artis.

Pesanan untuk diri sendiri, 'Berhati-hatilah dengan populariti dan kemayshuran'.

Jom ke langit ilahi: Menjadi Artis Itu Haram ?

---------------

Proses pengambaran untuk short filem.
Di bawah Kelab Revolusi Multimedia Jordan.

Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


11 comments:

  1. "Kasih cinta antara sejadah" ?

    wah...ni betul2 drama ke atau ilusi semata-mata? haha..mesti tgk ni.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gurau je ttg drama tu. Sebenarnya short filem.
      Masih dlm pembikinan. :D

      Delete
    2. Orait boss... ^^ kalau sudah siap, maklumin pada saya ya.? (loghat endon):p

      Delete
  2. bile dh jadi artis, jgn lupe pd insan yg pernh berjasa... :)

    ReplyDelete
  3. Moga qawiem terus berjaya dengan dakwah yang diceburi melalui vlog!! ^_^.. Moga-moga Allah memberkati segala urusan Qawiem ..amin.. :)

    ~Sabirah Ali~

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya! Jgn pernah putus asa

    ReplyDelete
  5. senyum tengok artis2 dah mula berjinak2 dgn usrah atau halaqah.
    kita mcmana? huuu..~

    neway, moga terus istiqamah dlm menyampaikan melalui medium vlog!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh.. Kak nima punya komen.
      "Kita mcmana?" Itu yang mahal. :D

      Terima ya.. sudi berkunjung ke Lautan Rabbani.
      Dan peninggalan jejak di sini. ^_^

      Delete
  6. mcm mna klu aty kita ni memang ada niat nk berubah tp bila tngok kawan2 disekeliling niat tu hnya tingal niat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanya 'sebab' kenapa kita perlu berubah?
      Klu sebab kita tu kukuh dan sangat-sangat bermanfaat utk kita pd masa hadapan, insyaAllah kita takkan mudah kalah.

      Betul. Dan kadang-kadang itu yg saya rasa. :)

      Terima kasih. :D

      Delete