Kenangan teater Si Amanu di Jordan. | Mencari spirit yang hilang | Qawiem Khairi |
Tak sangka kan ?
Kita jumpa.
Kita kenal.
Kita kawan.
Kita berhubung.
Tapi kemudian kita buat keputusan untuk menjarak,
tak lagi berhubung, apatah lagi bersua.
Tak sangka kan?
Kita sekarang,
seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal antara satu sama lain.
Ya. Pelik rasanya berlagak biasa.
Ya. Kelakar rasanya seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Walhal, bila bersua tanpa sengaja,
jiwa bagaikan meronta. Gugup dan Gementar.
Oleh sebab tidak ada jalan yang terbaik dalam hubungan ini,
dan atas nama cinta yang suci,
maka jalan ini yang kita turuti.
Hmm.. hari ini kita seakan tewas dengan masa.
Waktu seakan tidak menyebelahi kita.
Tetapi itu bukan bermaksud kita kalah kan?
Kita ada sebab kukuh yang perlu diperjuangkan.
Dan kerana kita percaya,
yang redha Dia adalah lebih mulia,
haruslah kita terus kuat untuk menempuhinya.
Sekian,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.

hebat di pentas. :D
ReplyDeletePuitis bahasanya mencengkam sukma.
ReplyDelete