Wednesday, October 31, 2012

3
Komen
~ Rendang Di Rumah Akhawat ~

Tuan rumah mewakilkan gambar mereka di dinding untuk bergambar sekali. Ahaks !


Raya haji di perantauan tidaklah jauh bezanya dengan di Msia.
Kalau berbeza pun, mungkin sebab tidak ada family yang hadir bersama.
Melainkan sahabat susah senang sahaja yang ada untuk meraikan.

Tahun ini, merupakan Aidiladha yang kedua saya di bumi Jordan.
Mengikut perkiraan, mana mungkin selama 4 tahun saya di sini mampu ber'Aidiladha' di Msia.
Kerana setiap kali raya haji menjelma, ia tidak jatuh pada masim cuti sem. Syahdu sikit bab ni.

Tapi kalau raya Aidilfitri,
Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk pulang berhari raya di Msia.

Pfftt.. kalau nak tahu,
di Jordan ni bila tiba hari raya,
pepara syabab akan dijemput untuk bertakbir di rumah pepara akhawat.
Sejurus selesai sembahyang raya di masjid.

Kadang-kadang meriah apa semua tu bukan kita sekadar tunggu mengikut tahun,
tetapi balik kepada kita bagimana kita mengisinya.
Yang pandai menghargai dan mengisi masa, dapatlah kemeriahan itu. Hihi.

-----------------

Seusai takbir, maka tibalah upacara penyampaian cenderahati kepada pepara tetamu.
Nasi himpit bersama rendang daging. Fuh.. terbaik !
Hingga menjilat jari beb.

Tapi sebab nak jaga badan, terpaksalah mengutamakan pepara tetamu yang lain.
And then, berrgambarlah kami sebutir dua sebagai kenang-kenangan.

Apapun, Aidiladha kali ni,
tersenyum puas ! Syukur !


Sekian Terima kasih.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.



Monday, October 22, 2012

2
Komen
~ Kesejukan Exam ~

Senyum seorang Qawiem Khairi. (Haha, ayat minta bebola salji)

Berada dalam fatrah exam pertama bagi sem kali ini.
Ada yang tanya saya, bila nak buat vlog lagi.
Jawabnya, tunggu saya habis exam dulu yok.
Bila habis? Dirahsiakan.
Bila vlog yang seterusnya muncul, itu tanda exam saya dah habis.
Doakan yah.

---------

Musim sejuk kian merapati,
hujan juga mula berminat untuk membasahi bumi.
Apabila masa itu tiba,
cakap pun keluar asap, tidur pun mimpi main salji.



Sekian,

Qawiem Khairi aka Pelaut rabbani.
Irbid Jordan.



Monday, October 15, 2012

0
Komen
~ Dakwah ~



Bergambar bersama barisan pelakon Teater Jejak Si Amanu di kota peninggalan sejarah Jerash, Jordan. | Qawiem Khairi 

Dakwah tidak untuk orang 'bukan islam' semata,
tetapi untuk orang 'islam' juga.
Dalam kitab dakwah yang saya belajar di universiti ada ditulis benda ini.
 


Kalau tak baca kitab itu pun,
just baca status-status orang islam di FB..
kita akan tahu juga yang orang 'islam' sendiri perlu didakwah.

Via - FB Qawiem Khairi


Sekian Terima Kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.






Friday, October 12, 2012

2
Komen
~ Tak Sangka Kan ? ~

Kenangan teater Si Amanu di Jordan. | Mencari spirit yang hilang | Qawiem Khairi

Tak sangka kan ?
Kita jumpa.
Kita kenal.
Kita kawan.
Kita berhubung.

Tapi kemudian kita buat keputusan untuk menjarak,
tak lagi berhubung, apatah lagi bersua.

Tak sangka kan?
Kita sekarang,
seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal antara satu sama lain.
Ya. Pelik rasanya berlagak biasa.
Ya. Kelakar rasanya seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Walhal, bila bersua tanpa sengaja,
jiwa bagaikan meronta. Gugup dan Gementar.

Oleh sebab tidak ada jalan yang terbaik dalam hubungan ini,
dan atas nama cinta yang suci,
maka jalan ini yang kita turuti.

Hmm.. hari ini kita seakan tewas dengan masa.
Waktu seakan tidak menyebelahi kita.
Tetapi itu bukan bermaksud kita kalah kan?
Kita ada sebab kukuh yang perlu diperjuangkan.

Dan kerana kita percaya,
yang redha Dia adalah lebih mulia,
haruslah kita terus kuat untuk menempuhinya.


Sekian,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



Wednesday, October 10, 2012

0
Komen
~ Mereka Bukan Mimpi ~

Kenangan aku dengan mereka ketika aku masih kecil. Itu bukan mimpi. | Qawiem Khairi

" The most beautiful thing in this world is to see your parents smiling. "

Setiap waktu aku merindui mereka.
Yang membesarkan aku dengan penuh kasih dan sayang.
Apakah ada hadiah yang lebih teristimewa daripada mereka berdua?

Kita ini selalu begitu kan..
Bila ada di hadapan mata, jarang sekali kita mahu menghargainya.
Hingga kadang-kadang, kita hanya seronok dalam dunia kita sendiri.

Pernah sahaja kita dimarahi dan dinasihati mereka.
Pernah sahaja kita dirotan dan dipukul mereka.
Luarnya nampak seakan 'sayang' tidak ada pada mereka.

Tetapi bila tiba saat kita lemah, sakit dan tidak berupaya.
Merekalah yang datang mendekat kepada kita.
Membantu dan menceriakan.
Menolong dan mempermudahkan.

Kita ini selalu begitu kan..

'Sayang' mereka adalah yang luar biasa.
Bukan manis dimulut semata.
Sebaliknya 'sayang' mereka mahu melihat kita membesar menjadi manusia yang berguna.

Tanyalah pada hati kecil wahai diri,
apakah masih ada hadiah yang teristimewa daripada mereka berdua ?

Kalau jawabnya tiada, tidakkah kita mahu menghargainya?


Seorang anak,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani,
Irbid Jordan.



Sunday, October 7, 2012

2
Komen
~ Ais Kacang Bercucuran ~

Qawiem Khairi | Posing yang agak tak boleh blah. :p

Masih menanti ketibaan musim sejuk.
Sebenarnya di Jordan, sangat-sangat jarang untuk turun hujan.
Apatah lagi bila musim panas, anda akan mendapati langit hanya kebiruan.
Tidak ada awan sirostratus - sirokumulus bagai.

Bila datang musim sejuk, barulah ada hujan.
Hingga kadang-kadang, hujan itu turun bak 'ais kacang' bercucuran dari langit. Hoyyeayy !

Hmm... kalau di Msia, hujan turun selalu.
Sebab itu, antara benda terpenting yang mesti ada di Msia adalah saluran air yang efisien.
Seperti longkang, parit dan sebagainya.

Sekali kat sini, longkang macam tak wujud.
Itu yang menghairankan.
Andai kata ada sekalipun, saluran air bawah tanah.

Jauh perjalanan, luas pandangan.
Happiiyyaahh !
Wink *

Klik : Saat Salji Turun !


Sekian,

Pelaut Rabbani aka Qawiem Khairi,

Irbid Jordan din don. 



Friday, October 5, 2012

2
Komen
~ Happy Besday Mizawa ~

Ini gambar kami waktu kat Msia tahun lepas. Series muka nampak gemok. Haha.


Hari ini bersamaan dengan 5 Oktober, adalah hari kelahiran adik saya yang terchinta. 

Sanah helwah Mija. Selamat Hari Lahir. Hadiah, nanti amik tahun depan kat Msia yup.
Pastu nak bagitau, Qawim tak pandai nak buat gambar-gambar yang macam Mija buat waktu besday Qawim dulu. Betul-betul tembak. Hehe.

 Apa pun.. harapnya entry di Lautan Rabbani ni menjadi salah satu hadiah dan ingatan Qawim pada Mija. Thanks for your support me selama ini.

The best thing about having a sister is that I will always have a friend. Tempat meluahkan segala-galanya.
Waktu Qawiem eksiden, Mija juga yang banyak jaga dan tolong Qawim.
I love you sis. Ok, mata masuk habuk.

Moga genapnya umur Mija yang ke-19 ni, menjadikan Mija lebih kuat dan bersemangat meneruskan kehidupan as a student, sister, daughter and servant of Allah.

Jaga diri molek-molek. Tahun depan kita jumpa di Msia.

Selamat hari lahir sekali lagi.


Sekian,
Pelaut Rabbani aka Qawiem Khairi.
Irbid Jordan. 




Tuesday, October 2, 2012

6
Komen
~ Walau Jasad Berpisah ~

Qawiem Khairi bersama temannya.

Bersama sahabat Faiz Ali.
Sehari sebelum keberangkatan beliau ke Mesir.

Bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry.
Asalnya di Jordan sama batch dengan saya. Amik eko Islam.
Tapi apakan daya jodoh kami hanya setahun, maka kami terpaksa berpisah.

Masih ingat kata-kata beliau kepada saya dan kawan-kawan,

'Walaupun jasad berpisah, tetapi hati kita tetap bersatu.' 

Fuh. Manik-manik suci mula menitis membasahi pipi. (Cewwah)

Jaga diri bro. ^^
Jangan lupakan kami di sini.