Tuesday, March 15, 2011

10
Komen
~ Selamat Pengantin Baru ; Brohamzah ~

bertahtakan iman, bersendikan sunnah Rasul, memadu pertemuan dua hati, mendirikan istana kasih


Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan diri ini dan diri anda sentiasa berada dalam keadaan sihat.


Mudah-mudahan kita semua juga berada dalam keadaan yang mengembirakan. Gembira ni satu anugerah sebenarnya. Bukan boleh direka, dibuat-buat dan dipura-purakan. Sebab indahnya gembira itu adalah lahir dari jiwa yang senang, tenang dan lapang lebih-lebih lagi apabila berpaksikan kehendak Allah.

Jika tidak sihat dan gembira sekali pun, pasti ada hikmah yang cuba diberikan oleh Allah kepada kita. Apa yang penting, kita cuba kembali kepada fitrah dengan melihat setiap sudut kehidupan apa yang tidak kena kepada diri.

Oleh itu, bersyukurlah walau ujian itu mendesak titisan air mata bercucuran.


Akhirnya menjadi Raja Sehari

Artikel kali ini khas buat sahabat merangkap abang yang banyak memberi tunjuk ajar juga dorongan di atas medan ini. Medan yang dimaksudkan adalah medan yang 'mengajak ummat manusia kembali mengambil Allah sebagai Rab dan Ilah.'

Siapa?

Insan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Abang Ali Irfan Jamalluddin aka Brohamzah.

Untuk pengetahuan semua, Brohamzah sudah menjadi milik orang. Jadi buat mereka yang terlepas jangan berkecil hati. Masih banyak lagi yang boleh dicari. (",)

Sebenarnya diri ini bersyukur kepada Allah kerana pada 12 Mac yang lepas adalah tarikh bersejarah buat dua insan pilihan iaitu Abang Ali Irfan Jamalludin bersama Kak Maryam Fatin Hanisah Hazni sah sebagai suami isteri.

Teringat akan zaman saya muda belia dahulu. Beberapa kali saya bersama teman-teman bergurau canda dengan Abg Ali. 

Bertanyakan soal nasi minyak adalah soalan wajib ketika kami bersama dengannya. Gelak ketawa pasti mengisi ruang suasana jika topik ini menjadi bahan bicara. Kini, apa yang digurau senda itu sudah menjadi kenyataan. Nasi minyak bersama ayam masak merah adalah juadah yang menjadi saksi kedatangan kami ke majlis kenduri.

Alhamdulillah. (",)




Moga Allah redha ; Abang 'Ali dan Kak Maryam

Dengan ini, selautan terima kasih kepada abg ali dan kak maryam kerana sudi mengundang ke majlis perkahwinan. Juga mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Harapnya masih belum terlambat. (",)


Semoga abg ali dan kak maryam diberkatiNya dan dapat menempuhi alam rumahtangga dengan sabar serta dikurniakan kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang.





بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini


Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga

Amin Ya Rabbal Alamin.


~ MQ ~


Sunday, March 13, 2011

2
Komen
~ Ringkas ; Sedarlah dari Tidur ~

Masa itu kehidupan. Yakinlah!!



Assalamualaikum wbt.

Salam ceria dan mahabbah buat teman-teman Lautan Rabbani yang dikasihi.

Hari ini kita masih melihat dunia. Melihat dunia yang kian hari kian mengasyikkan panorama pemusnah kalbu jika tidak dibatasi dengan dinding iman.Tetapi pernahkah kita bersyukur dengan kehadiran kita ini diatas hamparan bumiNya?

Mudah betul saya menulis. Pernahkah saya bersyukur??

Jika saya pernah.

Sejauh mana saya meletakkan maximum syukur itu kepada Allah? Adakah hanya sekadar melafazkan Alhamdulillah di hujung mulut. Menghargai kehidupan yang masih meniti ini dengan tangisan keinsafan? Atau sebaliknya?

Hal inilah yang bermain difikiran saya akan satu perkara tentang sunnah kehidupan.

Dengan kata lain putaran hidup yang sang 'minit' sentiasa melambai-lambai tangan untuk berpisah. Sang 'jam' pula sentiasa berlari pantas tanpa memikirkan mereka yang tertinggal. Manakala sang 'hari' tersenyum sinis melihat hamba-hambanya yang kehilangan tujuan mengejar dunia.

Teman-teman sekalian,

Tidaklah artikel ringkas ini tercatat melainkan untuk mengetuk pintu hati penulis sendiri. Tidaklah artikel pendek ini terpampang melainkan untuk sama-sama kita menghargi masa yang ada. Tidaklah artikel ini tercoret melainkan untuk memberi kekuatan buat kita semua yang merasai.

Ayuh!!!!!

Lakukan perubahan pada diri!!

Moga Allah permudahkan.

~ MQ ~

Saturday, March 5, 2011

8
Komen
~ Video Gimik PEMIKiR ~



Assalamualaikum.
Terasa lama benar diri ini tidak bersua dengan para pembaca yang dikasihi.
Moga Allah kasihkan kita.
Hari ini, sedikit tayangan yang ingin saya bawakan kepada kalian juga merupakan Video Gimik bagi Program PEMIKiR yang dianjurkan beberapa minggu yang lepas.

Enjoy. (",)





Apa yang terjadi selepas itu?
Saya masuk ke dalam dewan melalui pintu hadapan dan bersua dengan para peserta secara live.
Dengan kata lain, umpama saya keluar dari video ke alam nyata. 
Ketika saya masuk, suasana di dalam dewan gelap. Apabila lampu dibuka, disitulah para peserta mula tertarik dengan gimik yang dilaksanakan. Kelihatan para peserta juga sudah mula ceria ketika itu. (",)

Sebagai penghargaan buat para pelaksana video ini,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :

Abdul Salim b Abdul Wahab (pelakon)
Muhd Qawiem b Khairi (pelakon)
Muhd Salman b Sukri (cameraman)
Ahmad Nabil b Nordin (editor)

Di sini juga saya ingin meminta maaf kepada yang berkenaan atas kelewatan menyiarkan video ini di laman Lautan Rabbani.

Harapan saya moga kalian terus mendoakan saya untuk menghasilkan video gimik yang kedua, tetapi kali ini  untuk Kem Rekreasi Minda Bestari (RIMBA) pula yang akan berlangsung tidak lama lagi. (",)

Jika berpeluang, InsyaAllah saya akan tayangkan Video Gimik Rimba juga di sini.

Moga Allah kasih,
~ MQ~