Sunday, December 23, 2012

4
Komen
~ Page Qawiem Khairi ~

Qawiem Khairi | Dari vlog 'Sudikah Awak...'

Dah ada page rupanya saya ni. Huhu.
Yang belum like, jemputlah.
Jangan malu-malu.

{Page Qawiem Khairi}

-------------

Takkan nervous jugak kot. Kikiki.


Sekian Terima Kasih.
Irbid jordan.



Thursday, December 20, 2012

4
Komen
~ Nantikan V5 ~

Qawiem Khairi | Berdebar kot. Kih3. 

Yarghh !!

Nantikan vlog terbaru di bawah Langit Ilahi.
Dengan tajuknya.... hehe. Rahsia.

Moga Allah bagi yang terbaik !


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan




Tuesday, December 18, 2012

5
Komen
~ Jangan Tunggu Berkuasa ~

Qawiem Khairi | Bercita-citalah dengan usaha.

Jangan tunggu berkuasa untuk berjasa. 
Jangan tunggu berharta untuk berbakti kepada yang derita. 
Takut kita pulang ke sana tanpa ada pahala, melainkan harapan kosong yang kita sendiri tidak ada usaha.

----------------

Dalam proses untuk menyiapkan vlog yang seterusnya secepat mungkin.
Kemudian diikuti final exam. Doakan guwa. : D



Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


Saturday, December 15, 2012

2
Komen
~ Perlu Berkaca Mata ~

Qawiem Khairi | Kami family perantau 

Gambar di atas adalah anak-anak Perlis yang menyambung pengajian di Jordan.
Kami tak ramai macam negeri lain sampai ada yang 4oo lebih. Perlis dekat 40 orang macam tu ja.

Tapi, itu bukan penghalang untuk kami tidak boleh ber'mesra' kan.
Be'ramah mesra' lah maksudnya. Hoho. Nanti pikir 'mesra' lain pulak. :D

Kadang-kadang aku tanya diri aku sendiri, kenapa mesti aku jumpa mereka ini di Jordan?
Sedangkan waktu di Perlis dulu, tak pernah pun nak jumpa. Apatah lagi nak kenal.

Pikir pi pikir mai, aku dapat jawapan.
Inilah hikmah musafir di perantauan. Bila di Msia khususnya Perlis, kita dah ada keluarga sendiri.
So, bila terbang ke luar negara, mana nak ada dah family bagai. Sendiri rindu sendiri mau tanggung lah.
Takdak dah bila ada masalah datang, mak ayah yang akan selesaikan. Kita lah yang kena usaha sendiri.
Fuh.. tabah kot anak-anak perantau ni. Ngee..

Sebab itu, dengan kasih sayangNya, Allah tak biarkan kita bersendirian.
Allah hadirkan orang-orang yang baik bersama kita. Ada masalah, kita boleh kongsi-kongsi dengan mereka. Ada cerita, kita boleh berstory telling. Ada duit lebih, boleh belanja-belanja. Pergi jalan sekali-sekala pusing-pusing taman. Bila sedih teringat kat family, boleh buat bulatan gembira pastu nangis ramai-ramai. Ahaa.. itulah jawapannya. Hihihoha.

Tapi soalan aku di atas tu bukan ada skema jawapan pun. Kih3. Masing-masing punya jawapan tersendiri.  Kita pandang positif, kita akan jumpa jawapan positif. Pandang sebaliknya, begitulah juga jawapannya.

Hmm.. memang santai tak boleh blah entry aku kali ni. Kikiki. 

Cuma sedikitlah nasihat aku kepada anak perantau. Tak kisahlah merantau kat mana sekalipun.
Samada di luar negara atau dalam negara. Asal jauh dari mak ayah, dikira merantau lah tu.

Nasihatnya, belajarlah untuk 'berkaca mata'kan positif. Apa-apa yang berlaku kepada kita sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita ready atau tidak, sama ada kita mahu atau tidak, positiflah. Berbaik sangkalah.

Sebabnya, kalau kita memandang semua perkara dengan pandangan positif, campaklah kat mana sekalipun, kita dah tak takut. Kita dah tak risau dan tak cemas. Sebab kita tahu, apa yang terjadi atau akan terjadi kepada kita.. semuanya punya hikmah. Betul tak? 
Ohya, lagi pun, sapa yang berkaca mata, dia nampak cool beb.

Namun, andai awal-awal lagi kita dah ber'tempurung'kan negatif, habislah.
Hatta benda yang sepatutnya baik untuk kita, tapi kita terus membakul sampah semuanya, rugilah. Hmm..

----------------

Hoyyeah. Balik pada gambar di atas. Anak-anak Perlis di Jordan.
Siapa ketua mereka? Ahaaa... ini soalan penting. Haha.. bajet ada orang nak tanya.

Tapi, kalau betul ada yang nak tahu.. aku malas nak cerita sebenarnya. :D
Cuma aku boleh cakap, ketua mereka adalah salah seorang bro yang sedang duduk atas kerusi tu.
Carilah sendiri ya. Muahaha.

Yeah... Thats all for today. See you next tyem. Salam.


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 




Monday, December 10, 2012

6
Komen
~ Deselar ~

Qawiem Khairi | Spek hitam saja yang mahal, yang lain semua murah. :D

Ohya. Nak bagitau satu rahsia.
Saya sangat kagum kepada akhawat yang pandai main deselar.
 Deselar tu apa? Ala... yang snap-snap tu. ^^

--------------

Ada sapa-sapa boleh tolong ajar kan untuk main benda alah ni? :D


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan. 



Sunday, December 9, 2012

4
Komen
~ Rindu ~

Qawiem Khairi | Membelek note cinta. Erk.. Gedebuk !

Satu hari nanti kamu akan faham apa ertinya 'rindu'.


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.
 




Wednesday, December 5, 2012

4
Komen
~ Aku Bukan Sesiapa ~

Qawiem Khairi | Segala puji bagi Mu ya Allah. ^ ^

Aku bukan sesiapa.
Aku adalah aku yang kamu kenal dulu.
Aku adalah aku yang pernah kita bersama satu ketika dahulu.
Dan aku adalah aku yang sentiasa ingin menjadi hebat seperti kamu.

Aku sedar siapa diri aku.
Banyak perkara yang masih tidak tahu, hanya bisa bercita-cita saja mampu.
Tapi, itu bukan penghalang bukan?
Untuk aku bergerak maju dengan cara aku.
Seiring memohon kepada-Nya yang mengatur segala-galanya.

"Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri.
Walau sekelip mata atau lebih dari itu."

-------------------

Berusaha dan berusaha lagi !
Dan kepada anda yang baik hati, doa-doakan juga untuk diri ini. ^^


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut rabbani
Irbid Jordan.



Monday, December 3, 2012

7
Komen
~ Saya malu dengan Awak ~

Qawiem Khairi | Kawan-kawan aku banyak dah kahwin, aku bila lagi? Haha. (Lompat bintang) :p

Awak, sebenarnya saya suka awak.
Tapi saya malu, sebab saya lelaki biasa.
Saya tak soleh pun, kalau nak dibandingkan dengan awak yang solehah tu.
Dan saya akan berusaha untuk ubah diri saya ke arah yang lebih baik.
Awak, saya selalu doakan awak.
Moga Allah sentiasa bagi yang terbaik dalam hidup awak. Amin.

-----------------

Jiwang-jiwang juga.
Dengan ibu bapa jangan diketepi perasaan mereka.
Cinta 'si dia' disertai dengan redha Pemilik Cinta, baru jiwa terasa bahagia.
Tak gitu wahai orang yang bercinta? XD


Sekian.
Qawiem Khairi aka Pelaut rabbani.
Irbid Jordan.


6
Komen
~ Belanja Housemates ~

Qawiem Khairi | Ini memang betul-betul kurus ok.  :p

Belanja housemates sempena terbitnya Vlog Kek Coklat yang kini sudah melebihi 5k views. 

Alhamdulillah. Terima kasih daun kurma diucapkan kepada semua. 
Atas sokongan, kritikan dan pandangan selama ini. 
Moga Allah kira sebagai satu amal soleh. 

InsyaAllah.

----------------


Sebenarnya macam ni. 
Setiap kali vlog terbaru keluar, maka saya sudah set dalam minda, 
yang saya akan belanja housemate sebagai meraikan kejayaan menghasilkan vlog. 

Best kan siapa yang jadi housemate saya. :P

Dush !



Sekian Terima Kasih.
Qawiem Khairi aka Pelaut rabbani.
Irbid Jordan.