Sunday, September 23, 2012

6
Komen
~ V6 : Basuh Pinggan ~

Qawiem Khairi | Ahli rumah saya. Hew3.


Assalamualaikum.

Apa khabar semua para pengunjung sekalian. Alhamdulillah, untuk hari ini entry berkisar mengenai Vlog 6 iaitu Basuh Pinggan.

Yang pertamanya saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas keizinannya, hari ini sudah 6 vlog saya hasilkan. Thank you Allah.

Baik. Balik kepada Basuh Pinggan. Menyentuh bagaimana suasana dan keadaan bagi mereka yang tinggal di rumah bujang. Terutamanya di luar negara. Kali ini dengan niat agar kita saling lengkap-melengkapi.

Saya tidak mahu berbicara panjang mengenai vlog tersebut cuma V6 antara yang saya puas hati dalam penghasilannya.

Ada setengah vlog yang saya buat, kadang-kadang saya sendiri ada rasa tidak puas. Mungkin kerana mesej yang mahu disampaikan agak kurang tepat. Mungkin kerana cara edit yang tidak menjadi. Mungkin kerana pemilihan tajuk, point dan sebagainya yang tidak sesuai.

Tetapi kali ini, saya benar-benar yakin dan percaya yang Vlog 6 ada mesej yang tersendiri.

Kesannya, bila saya bertemu dengan mereka yang menonton Basuh Pinggan.. pasti tajuk vlog tersebut akan disebut-sebut dan kadang kala menjadi topik perbualan kami.

Pada saya, biar apa pun nilaian orang terhadap vlog tersebut.. banyak kelemahan, banyak kekurangan, banyak mesej, ada isi dan lain-lain.. yang paling penting sedikit sebanyak vlog tersebut menjadi nasihat kepada kita semua.

Ketika mana Basuh Pinggan dipublish tempoh hari, kelihatan siapa yang share video tersebut pasti akan men’tag’ kawan-kawannya. Paling kurang ahli rumah. Alhamdulillah.
Jutaan terima kasih juga buat yang sudi share.

Pergi kepada idea Basuh Pinggan pula, jujur yang saya boleh cakap.. itu bukan idea saya seorang. Tetapi adalah sumbangan idea ahli rumah yang saya kasihi. Mereka yang banyak membantu.

Sebab itu, saya sayang ahli rumah saya. Hehe.


Oh, satu lagi.. seperti biasa, selepas ini vlog-vlog saya akan keluar di bawah LangitIlahi. Dah ada yang tahu kan? Secara tak langsung, saya bergandingan dengan Aiman Azlan yang merangkap Vlogger Langit Ilahi juga.


Hoho. Jauh beza lah saya dengan dia. Tapi, saya rasa bertuah dan berbesar hati bahkan sebab tujuan ‘Mari menjadi Hamba’ itu yang mengangkat diri ini untuk berusaha dan berusaha menjadi lebih baik.


Qawiem Khairi dan Aiman Azlan berkolaborasi. Bagaimana agak-agaknya? Moga Allah redha. Itu yang paling mustahak. Huhu. 


Hmm.. mungkin itu sahaja kot untuk kali ini. Pesanan, jangan lupa tonton ya Basuh Pinggan.








Yang mana ada kawan-kawan yang ada ciri-ciri dalam vlog tersebut, boleh share kepada mereka. ^_^

Mudah-mudahan ada perubahan.






Sekian. Terima kasih.
Vlogger Qawiem of Langit Ilahi.
Irbid Jordan.





Tuesday, September 18, 2012

3
Komen
~ Umrah 6 : Keluarga ~

Qawiem Khairi berhari raya di Mekah.
Yang bertuah adalah yang bahagia keluarganya.
Dan keluarga bahagia itu adalah hadiah yang tersangat istimewa buat manusia.

----------------

Kami pelajar-pelajar dari Jordan.
Bersama keluarga Izzat yang sporting.
Di pagi hari raya.

U5 : Wangi

Terima Kasih
Pelaut Rabbani
Irbid Jordan





Friday, September 14, 2012

11
Komen
~ Umrah 5 : Wangi ~

Qawiem Khairi | Dalam Masjid Nabawi


Salah satu cara nak wangikan diri,
berkawanlah dengan mereka yang wangi.
Mahukan wangi itu kekal lama,
hiduplah di tempat yang harum dan wangi.

Senangkan ?

Mahu kehidupan yang mewangi,
tetapi berumah di dalam lori sampah,
Sampai ke tua susah nak bau wangi.

-----------------

Nampak macam orang Oman kan.
Atau macam orang korea ?
Ok, Sedar. Saya orang melayu.


Sekian,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Saturday, September 8, 2012

7
Komen
~ Umrah 4 : Paras Rupa ~

Sampai sekarang saya tak boleh terima hakikat yang saya lebih comel dari dia. Haha. *Ada yang pengsan?

Manusia yang mulia di sisi Allah bukan yang cantik paras rupanya.
Yang bertimbun hartanya.
Yang menggunung simpanan duit poketnya.
Yang tinggi pangkat kerjayanya.
Apatah lagi mereka yang ramai pengaruhnya.

Disebalik mereka yang mulia di sisi Allah,
adalah kerana agama dan amalannya.
Adalah kerana keimanan dan ketaqwaannya yang jitu hanya-sanya kerana Dia.

----------------------

Waktu ni lepas habis terawikh di Masjidil Haram.
Pergi Safwa Tower cari makan. Lapar.
Perut hanya berbekal beberapa biji kurma waktu berbuka.
Sekali terjumpa budak comel ni.
Ibu dan ayahnya chinese muslim. Apalagi, terus tanya nak bergambarlah. Haha.

U3 : Rezeki | U5 : Wangi


Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Tuesday, September 4, 2012

6
Komen
~ Umrah 3 : Rezeki ~

Pelajar Dari Uni Yarmouk dan Mu'tah.

Jangan mudah menghina manusia yang tidak berjaya.
Kerana masa depan dunia bukan kita permiliknya.
Jangan mudah berputus asa dengan apa yang orang kata.
Selagi benda itu tidak salah dan tidak ada cacat cela,
melangkahlah untuk keluar dari yang biasa-biasa menjadi yang luar biasa.

Berusaha dan berdoa.
Mohonlah pada-Nya.
Yakin dan percaya.
Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

---------------------

Ramai yang kata saya bertuah.
Umur masih muda dapat menjejak kaki ke Baitullah.
Saya terdiam dalam hati rasa bersalah.
Apakah rezeki ini saya syukuri atau biarkan ia tinggal sejarah ?

Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.



Sunday, September 2, 2012

5
Komen
~ Vlog 5 : Strength Through Trials ! ~

Sebagai salah seorang yang akan menceriakan Langit Ilahi. ^_^

Vlog lima kini muncul menemui anda. Ada orang tanya, kenapa tajuk vlog ada tulis ‘V1’ aka Vlog 1. Bukan sepatutnya ‘V5’? 

Mungkin ada yang tak tahu. Sebenarnya, selepas ini semua vlog saya akan keluar di bawah Langit IlahiSebagai permulaan, maka molek kiranya saya mula kembali dari 'satu'. Taklah orang terkejut. Baru muncul tiba-tiba dah jadi 'lima'. 


Dengan Tajuk Strength Through Trials. Faham kan maksudnya? Heh.


 Berkisar kehidupan yang tidak dapat lari dari ujian dan dugaan, nak tak nak kita terpaksa menempuhinya.


Cuma yang ingin dipertekankan adalah jalan keluar tetap ada. Sekalipun ujian yang menimpa seakan tidak ada harapan.


Secara umumnya, kita melihat kadang-kadang setengah orang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang menimpa. Seakan ujian yang menimpa tidak ada penghujungnya.


Lalu, memandang nyawa sebagai penutup kedukaan, keresahan dan kepayahan. Akhirnya, bunuh diri, telan ubat tikus, penadol dan sebagainya. 


Sedangkan, ujian yang Allah turunkan kepada kita bukan itu yang dipinta. Sebaliknya kita sabar dan berusaha untuk menanganinya.


“ Ujian adalah tanda sayang Allah kepada kita. Sebagai peringatan yang kita ini adalah hamba yang sentiasa memerlukanNya. ”


Tak mahu cakap banyak. 


Jom !





Nama baru - Vlogger Qawiem Khairi of Langit Ilahi. Erk.

Sekian terima kasih.
Irbid Jordan.