Friday, June 29, 2012

13
Komen
~ Apabila Hati Tumbuh Bunga ~

Uruslah hati yang berbunga-bunga dengan baik. :)

Ibnul Qayyim menukilkan begitu indah di dalam bukunya Raudhatul Muhibbin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama.

Fatimah, Puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali,
"Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya."

Dengan penuh cemburu Saidina Ali berkata, "habis tu, dinda menyesal bernikah dengan kanda?"

Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir, "Tak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kanda."

Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas kepada kita bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali. Mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.

Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali?

Bersms melalui burung merpati?

Mengatur 'dating' di belakang pohon kurma?

Begitu juga Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meminta-minta sesuatu daripada Fatimah dengan ayat 'power'?

"Sayang tak percayakan abang? Kalau sayang, mana buktinya?"

Adakah dia merendah hak wali dengan terus 'mengorat' gadis idamannya?

Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?

Dan kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kepada si dia?

Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

Oh, jawapan hanya ada pada diri sendiri. 


Sekian,
Pelaut Rabbani.
Irbid, Jorden.





Tuesday, June 26, 2012

10
Komen
~ Puitis : Hadiah Untuk Darah ~

Maha Hebat Allah. Hadiah untuk darah,nyawa, air mata, kesabaran, tenaga dan wang mereka yang terdahulu. 

Kemenangan demi kemenangan mula tercipta,
Antara kebenaran dan juga kebatilan mula nampak warnanya,
Itulah janji Empunya cerita,
Yang baik akan tertegak semula !
Yang buruk pasti akan hancur binasa !


Sekian Terima kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.


Thursday, June 21, 2012

8
Komen
~ Saat itu Menjadi kenyataan ~

Tak pasti sesuai atau tidak gambar ni dengan apa yang ingin saya kongsikan di bawah. Kih3.


Kita akan tersenyum puas.
Bila apa yang kita impikan selama ini menjadi kenyataan.



Saturday, June 16, 2012

16
Komen
~ Vlog Kedua : Headshot ! ~

Sampai bila mahu bertahan?
Alhamdulillah. Bersyukur sangat kepada Allah hari ini diberi kesempatan untuk menerbitkan vlog yang kedua.

Memandangkan kita semua tidak punya banyak masa, maka di sini saya memilih untuk memendekkan coretan. Bahkan terdetik untuk saya menghias bicara kali ini dalam bentuk point. Jadi, anda akan terus faham dan mudah menghadam akan apa yang ingin saya sampaikan.

Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang pernah menonton vlog sulung  ‘Support The Change’. Saya memandang tinggi kepada anda yang sudi menonton dengan dua sebab.

Satu, secara tak langsung anda memberi sokongan. Dan dua, bila anda sudah menonton.. akan terbitlah segala kritikan dan komen untuk penambah baikan. Maka di situ saya belajar.

Kedua, kini vlog ‘Headshot’ sudah dipublishkan. Ada orang tanya saya, apa maksud headshot? Dan kenapa nama itu yang dipilih? Jadi di sini jawapannya, anda tidak akan faham sekiranya anda belum menontonnya.

Ketiga, saya tidak memandang segala kesilapan teknikel adalah satu masalah yang besar. Sekalipun ada yang tegur, maka saya menitik beratkan. Sebab saya takut, benda fokus saya iaitu isi dan point terhalang dengan kelemahan dan kekurangan benda alah ini.

Jadi, andaikata anda menonton tetapi tidak faham dengan apa yang ingin saya sampaikan… jangan malu untuk memberitahu. Penting !

Keempat, untuk vlog kali ini dengan tajuk ‘Headshot’… saya mengharap sangat anda yang membaca tulisan ini menontonnya. Bukan nak kata terbaik, cuma macam biasa idea dari vlog ini saya percaya perlu dikongsikan kepada semua.

Agar kita sama-sama sedar. Yang kita sedang hidup dengan manusia. Itu sahaja.

Dan yang terakhir, sekiranya anda merasakan ‘Headshot’ bermanfaat…. Jangan segan-silu untuk berkongsi kepada kawan mahupun sesiapa sahaja yang anda rasa mereka perlu untuk menontonnya.

Bahkan saya secara peribadi sangat berterima kasih dan sangat menghargai segala bentuk usaha untuk menyebarkan vlog ini.

Tidak ada yang baik melainkan apa yang dikatakan baik oleh syara’. Dan tidak ada yang buruk melainkan apa yang dikatakan buruk oleh syara’.

Salam ukhwah dari seorang yang biasa-biasa.

Jangan lupa untuk menonton ‘Headshot’ di bawah ya !

Jom fly ke langit tinggi !! Yahhooo.. ^_^







Monday, June 11, 2012

8
Komen
~ Hebatnya video Awak ~



Sangat-sangat suka dengan video di bawah.
Series mantap!
Sapa boleh ajar saya edit macam ni?

Selamat menonton.





Thursday, June 7, 2012

8
Komen
~ Sudah Capai Target. Strike ! ~

Jalan yang panjang, perlu ada sasaran. Demi kejayaan di hujung jalan.


Satu benda yang kita sabar untuk menghasilkannya, pasti kita akan merasai manisnya kesukaran itu.
Satu benda yang kita positif untuk melaluinya, pasti kita akan bahagia menerima kejayaan selepas itu.

Saya tidak punya banyak contoh, tapi satu benda yang boleh saya cerita adalah mengenai Vlog yang saya hasilkan.

Bagi yang belum tahu, sebenarnya sebelum ini saya ada hasilkan satu vlog (Video). Ala-ala matluthfi, anwarhadi, aiman azlan dan lain-lain. Tinggal, tidaklah sambutannya menggalakkan seperti video-video mereka. Hoho.

Kadang-kadang kebaikan yang kita ingin lakukan tidak semua mendapat tentangan. Ada masa kita melalui lorong-lorong kebaikan itu tanpa ada yang datang untuk menyusahkan.

Tetapi masalahnya, kita tidak berani mengambil risiko dengan alasan ‘mulut orang’.

Eh, tak beranilah aku nak buat semua ni. Nanti apa mereka cakap?

Takutlah aku. Nanti orang marah.

Tak maulah aku buat benda alah ni. Nanti orang ejek.”

Sedangkan, kita belum lagi buat. Kita belum mulakan lagi. Terus-menerus kita menghukum kebaikan yang suci itu dengan menuduh manusia sekeliling tidak akan menerimanya.

Maka, kita hanya seronok berteduh di bawah pokok yang akarnya sudah mati. Kita rasa selesa berteduh di situ. Rupa-rupanya pokok itu hanya tunggu masa untuk tumbang. Dan itulah kesilapan yang perlu kita bergerak untuk menjauhinya.

Balik kepada point asal, inilah yang saya rasakan. Semenjak vlog sulung saya diterbitkan dengan tema Support The Change hinggalah ke detik ini, belum ada lagi yang datang dengan hamburan kata-kata sinis. Belum ada lagi yang jumpa saya lalu memandang jelek dan sebagainya. 

Sebaliknya mereka mendatangkan pelbagai macam sokongan. Pelbagai macam pesanan. Pelbagai macam teguran untuk pembaikan. Semuanya dengan harapan apa yang saya buat ini tidak berhenti tetapi diteruskan.
Tak pastilah kalau mereka bersikap demekian kerana terkesan dengan tema yang saya bawakan. Kalau betul, Alhamdulillah.

Entah kenapa saya sangat berpuas hati dengan vlog sulung tersebut. Sedangkan sewaktu proses peng’edit’an, banyak sangat kesilapannya. Banyak sangat kesukarannya. Hingga terdetik ketika itu di dalam hati, ‘kenapa malang sangat hari ini’.

Mungkin Allah nak suruh saya belajar sesuatu. Nak buat benda yang besar, bukan dengan hanya berkata di mulut. Suka-suka kemudian jadi. 

Sebaliknya perlukan perancangan, kesabaran dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi.

Dan satu benda yang buat saya happy sangat-sangat, cita-cita saya ini tidak dihalang oleh family. Bahkan mendapat lampu hijau daripada mereka.

Begitu juga respon balas dari Tuan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) kepada video saya itu.

Kita secara realiti menghadapi perubahan dan kebangkitan mahasiswa membawa perubahan negara. Industri perfileman yang merosakkan minda anak-anak Malaysia. Dan kita yang faham agama semestinya kena menyadiakan alternatif. InsyaAllah, kita akan wujudkan satu plot untuk membina kemahiran mahasiswa dari sudut ini. Teruskan. Ana sentiasa menyokong.” - Ustaz Kailani Zahari.

Nanti ada yang tanya, kenapa saya khususkan kepada komen beliau saja.

Sebab saya perantau di bumi Jordan. Sekali ketua saya yang baik hati ini sudi luangkan masa untuk tonton dan memberi komen, jadi siapa saya yang kerdil ini tidak rasa dihargai dan bertuah.. Hmm..

Akhir kata, ‘Support The Change’ sudah capai target. Strike!

Walaupun saya tidak mampu menafikan banyak kekurangan dan kelemahannya. InsyaAllah, next video… saya akan berusaha untuk kurangkan kelemahan itu. Harap masih ada yang sudi menonton.

Itu sahaja untuk kali ini. Moga Allah memudahkan segala urusan kita semua.

Bagi yang belum tonton dan nak tonton lagi, boleh ke sini. Support The Change
Dan pandangan saya terhadap video tersebut ada di sini. Vlog - Sulung


Doakan saya agar terus kuat.
Sekian,
Terima Kasih.
Pelaut Rabbani.
Irbid Jordan.




Sunday, June 3, 2012

37
Komen
~ Vlog Sulung : Support The Change ~

Qawiem Khairi | Jalan-jalan di Mall Jordan. (Tak ingat nama Mall. Keke)



Segala puji kepada Allah kerana dengan izinNya, hari ini vlog sulung saya berjaya diterbitkan juga.

Sudah lama bercita-cita ingin menghasilkan vlog sendiri, tetapi kerana kurang keyakinan dan kepandaian dalam menghasilkan video, maka cita-cita tersebut terbatas di luar kemahuan.

Saya secara jujurnya tidaklah ingin menandingi mana-mana vlogger yang lain. Dan saya juga tahu bahawa vlog sulung saya ini adalah first try and error.

Dalam menyampaikan apa yang saya rasa perlu disampaikan disamping ingin bersama-sama memperbanyakkan vlog-vlog bermanfaat.

Sebelum ini, penglibatan saya dalam arena blogger sudah mencecah satu tahun lamanya. Mungkin setengah orang menganggap satu tahun itu satu jangka masa yang pendek, tetapi bagi saya tidak sama sekali.

Kita ingin bercakap dalam soal kehidupan. Kita ingin menyentuh dalam soal peningkatan iman. Kita ingin bercerita akan pengalaman yang memberi pengajaran. Tetapi dalam masa yang sama, saya bukanlah yang terbaik untuk berkongsi semua itu buat para pembaca budiman.

Sebelum ini sudah ada yang memberi cadangan agar saya terjun dalam bidang Vlogger (Video) juga. Walaupun saya merasakan bahawa bidang blogger (Penulisan) ini juga masih banyak kekurangan. Ditambah dengan merasakan diri ini banyak kelemahan dan kesilapan.

Cuma saya masih teguh dengan analogi, ‘seorang anak gadis yang ingin mencuci pakaian tanpa niat ingin membersih tangan, dengan tidak disangka-sangka sekaligus tangannya juga turut menjadi cantik dan berseri-seri’.

Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah manusia yang terbaik untuk kalian contohi. Tinggal, saya merasakan apa yang ingin dikongsikan perlu diambil perhatian untuk diteliti dan dihadami.

Yang baik adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, yang buruk adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’. Jika saya salah, jangan segan-silu untuk menurunkan nasihat dan teguran.

Satu ketika dahulu bila saya pernah bercita-cita ingin ber’vlog’. Ada orang mendatangkan sokongan. Ada orang yang lain mendatangkan perlian sebelum sokongan. Tidak kurang juga yang tidak memberi sokongan tetapi memandang rendah lalu dijadikan bahan gurauan.

Sebab itu apabila saya ingin ber’vlog’, maka saya tampilkan tema pertama adalah ‘SUPPORT THE CHANGE’.

Dan tema ini sebenarnya banyak berdasarkan pengalaman sendiri.

Secara tak langsung ingin menegur manusia-manusia di sekeliling saya. Dan sekiranya mereka hanya menonton dengan kaca mata mencari kesalahan, maka mereka akan jumpa seribu macam kesalahan.

Begitu juga yang menonton dengan pandangan ingin membuat perbandingan antara vlogger-vlogger terkenal, maka mereka akan kecewa dengan video saya.

Sebaliknya yang melihat lalu meneliti video ini dengan niat mencari sesuatu bermanfaat, saya yakin dan percaya anda pasti menjumpainya walaupun sedikit. InsyaAllah.

Akhir kata, segala kritikan dan komen membina daripada anda semua sangat-sangat saya perlukan. Demi peningkatan untuk video yang seterusnya di masa hadapan.

Terima kasih juga yang sudi bertandang di Lautan rabbani dan menonton video ini. Moga Allah menyampaikan maksud saya dan memberi kita kekuatan untuk terus sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.

Ingat, perubahan ke arah kebaikan harus dibela, bukan disindir apatah lagi dicerca !

Selamat Mononton. Chill.


Support The Change




Terima Kasih,
Qawiem Khairi aka Pelaut Rabbani.



Friday, June 1, 2012

8
Komen
~ Puitis : Aku ada jalan sendiri ~

Sunyi dan sepi juga jalan ini.

Aku punya jalan cerita,
aku punya cerita sendiri,
cerita aku cerita biasa,
banyak mengajar erti berdikari.

aku bukan manusia istimewa,
jauh sekali yang tinggi harga,
tetapi aku sedang bercita-cita,
ingin menjadi manusia bermakna,
bila ini yang aku bicara,
manusia lain bergelak ketawa,
melihat aku tanpa usaha,
lalu mimpi mimpi yang mereka kata.

Aku setuju lalu mengiakan,
setiap sindiran yang mereka ungkapkan,
kerana ku tahu ku punya impian,
yang masih belum menjadi kenyataan.

Dan hari ini aku bersendiri,
memikirkan langkahan untuk ke destinasi,
biarpun destinasi itu jauh lagi,
tetapi kerana percaya kepada janji,
aku pasti,
aku mampu berdiri di luar mimpi.

Matahari bersama cahaya yang menerangi,
awan bersama pelangi di langit tinggi,
dah aku adalah aku hari ini,
bersama pilihan yang ingin ku kejari.


Sekian Terima Kasih,
Pelaut Rabbani,
~ Puitis : Aku ada jalan sendiri ~
Bumi Perantauan Irbid Jordan.