Thursday, June 2, 2011

10
Komen
~ PEMIKiR 2 : Singkat dan Memikat ~

Mempunyai kekuatan tersendiri. Picture by NaZmi
Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah dengan izinnya dapat lagi kita bersua dalam masa yang sama nikmatNya sentiasa mengelilingi setiap hembusan nafas kita. Hatta hembusan nafas itu sendiri adalah nikmat yang tidak terhingga.

Hari ini Pelaut Rabbani kembali. Kembali melayarkan pena dakwat di alam maya. Dengan membawa satu lakaran kehidupan yang cukup bermakna. Bermakna buat diri berbekas terus ke hati. Sungguhpun ia hanya sehari. Penat lelahnya tetap tak rasa rugi.

Untuk pengetahuan semua kelmarin bersamaan 1 Jun merupakan tarikh yang cukup keramat buat saya. Menjalani detik dan ketika di hari tersebut cukup membahagiakan. Mana mungkin detik ini mampu dilupakan. 

Hari tersebut adalah hari yang berlangsungnya Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR siri 2) yang bertempat di Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Air Perlis. 


Mungkin ada yang bertanya.. PEMIKiR tu apa? Anda boleh klik di sini. - Mencari Dan Terus Mencari


Forum partner : Ustaz Muhtad Bersama Ustazah Faizah
Pelbagai watak yang diberikan

PEMIKiR kali ini benar-benar meletihkan bukan sahaja terpancar melalui pergerakan jasmani tetapi menusub terus ke tulang-berulang yang dalam. Sehingga menjadi tanda tanya kepada saya.. apa yang telah saya lakukan?

Fikir punya fikir. Maka jawapannya saya dapat. Rupa-rupanya saya telah diberi kepercayaan untuk memegang banyak watak dalam melaksanakan program ini. Bukan untuk menceritakan ketidak puasan mahupun perilaku kehebatan. Tetapi untuk memomentum penulisan melalui kebahagian dan penyerahan.

Antara watak yang saya pegang adalah sebagai pelakon gimik program, pengerusi forum, pengerusi majlis penutupan, dan juga watak-watak sampingan dalam menjayakan program PEMIKiR 2.  ^^

Oleh sebab itu, walaupun ia hanya satu hari. Kesannya cukup memikat kepada diri dan hati saya. Kemahiran, pengucapan awam, kepimpinan, cambahan idea dan pendapat sedikit sebanyak terasuh dan tergilap dek keterlibatan dalam program sebegini. Alhamdulillah.

Terima kasih dan minta maaf ; semuanya dalam satu bakul


Alhamdulillah. Dengan izinya program ini berakhir dengan jayanya.

Jika melihat kepada persediaan dan persiapan di awal program, ia ibarat mengejar pelangi namun perancangan Yang Maha Kuasa tidak ada yang mampu menandingi. Terima kasih Allah. Memberikan yang terbaik kepada kami.

Peluang yang ada ini, saya secara pribadi mengucapkan sesungguh-sungguh terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Biro Publisiti, Komunikasi dan Multimedia serta moderator forum pada hari tersebut. 


Kesilapan serta kekurangan yang timbul saya minta maaf banyak-banyak dan akan cuba sebaik mungkin andai dipertemukan sekali lagi di program yang akan datang.


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Moga Allah kasih dengan setiap pertemuan ini. Buat Nabil dan Salim.. kita tetap bersama. Buat Salman.. teruskan perjuangan. (",)


Akhir : Masa begitu pantas.


Apabila yang bahagia itu dirasai, pasti sang masa seakan mencemburui. Malah hakikat yang seringkali bersembunyi, umur itu semakin lama semakin pergi. 
Apa pun moga Allah mengurniakan suasana yang bahagia ini buat sekian kalinya.


Seperti biasa. Suka untuk saya mengulang-ulangnya.


Hiba di hati pasti terukir, saat indah itu lahir, membuat diriku terus berfikir, kenapa waktu cepat berakhir? Apakan daya itu semua takdir, akhirnya pujian menjadi zikir. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


Sekian terima kasih. 

P/s : Nantikan Gimik PEMIKiR 2. Membawa kelainan dalam bermonolog pribadi. ^^

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Qawiem..
    Moderator terbaek..Gimik terhebat juga mc terbaek..
    Moga setiap usaha, tenaga dan titik peluh yang dicurahkan, Allah kira sebagai amal2 soleh dan diberi ganjaran dengan sebaik2 ganjaran..
    Jzklh banyak buat Qawiem, Nabil dan Salim..sbb byk sangat membantu dan menyelesaikan kerja2 demi menjayakan PEMIKiR kali ni..

    Mungkinkah dapat menjadi moderator lagi utk PEMIKiR 3???

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  2. bagilah link untuk tahu info tentang PEMIKIR..saja hendak tahu lebih lanjut!

    ReplyDelete
  3. wim..ana nak gimik!cepat wim!duynia tgh menantinya...

    ReplyDelete
  4. > [n_akn]

    Waalaikumsalam.

    belum terbaik lagi..
    masih dalam rangka untuk menjadi yang terbaik..
    ya. moga setiap usaha dikira sebagai amal soleh,
    Moderator utk PEMIKiR 3?
    hanya mampu tersenyum..

    terima kasih khusus buat knailah dan knawal.
    Anda ada kekuatn yg luar biasa utk mgerakkan kami.. (",)



    > Kay Aniza

    ok2. minta maaf kak. (",)
    jgn marah. boleh layari di sini.
    http://nailahkadir.blogspot.com/2011/05/pemikir.html

    ReplyDelete
  5. > Saleem Wahab

    haha. sabar-sabar!

    Berita tergempar! Kewujudan piring terbang yang tidak dikenali disyaki telah mendarat di atas empangan Timah Tasoh Perlis. Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam tadi. Apakah sambungannya?

    Nantikan tayangan video Gimik PEMIKiR 2 di Lautan Rabbani.

    Berita disunting oleh Pelaut Rabbani.

    ReplyDelete
  6. Hanya nak singgah dan tersenyum di sini,....

    Thumbs Up!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt.

    Mantaplah PEMIKIR kali ini..
    Tahniah, teruskanlah dalam melakukan kerja2
    kebaikan ini.

    Jadilah daie' yang bergerak..
    Wallahu`alam^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  8. p/s: jemput ke blog ana nnt,tinggalkan jejak(",)

    ReplyDelete
  9. > Ummu_ammar

    terima kasih,
    sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada diri ini.



    > Miecyber

    terima kasih juga.



    > wafa zinnirah92

    waalaikumsalam wbt..
    alhamdulillah,
    moga Allah tidak mempersia-siakan kerja-kerja ini,
    itu lagi penting. (",)

    insyaAllah.

    ReplyDelete