Monday, March 28, 2011

16
Komen
~ Hikmah Disebalik Roti ~

Rupa-rupanya makanan yang berasal daripada Mesir kuno ini ada hikmahnya. Subhanallah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur kepadaMu.

Dengan izinNya, umurku sekarang sudah mendaki gunung kedewasaan.

Entah berpeluang atau tidak untukku sampai ke puncaknya. Puncak kedewasaan yang mendamaikan, menenangkan, dan mempersonakan jiwa nurani yang tersembunyi ini. Tetapi seribu satu daya yang Allah benarkan dalam setiap langkahan, setiap hembusan nafas, setiap lidah bermadah, setiap mata berkelip kemas, setiap pengalaman dan kenangan yang indah hatta segala kurniaan yang dianugerah pastinya adalah pemberian belaian kasihNya kepada hamba yang hina ini.

Ya Allah, kadangkala diriku tersisih lemah. Di situlah Engkau muncul lebih hebat dari mentari melimpah cahaya.

Ya Allah, kadangkala diriku berdiri panglima. Di situlah Engkau muncul lebih hebat dari sang ibu yang sentiasa memberi kekuatan dan dokongan.

Segalanya yang Engkau berikan kepadaku membuatkan hati kecil ini tersedar dari lamunan dunia yang mengasyikkan.

Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Roti yang kecil ; hebat pedomannya.


Wahai teman-teman sekalian,

Pernahkah kita berfikir akan satu perkara.

Perkara yang saya yakin intipatinya remeh tetapi impak sentuhan pedomannya sentiasa berjalan membawa pengajaran.

Tahukah kita bahawa roti kecil yang sesetengah daripada kita mengambilnya sebagai aneka menu kegemaran bahkan ada yang meletakkan sebagai 'ranking' makanan yang paling utama untuk mencapai sistem diet yang mujarab adalah hasil daripada kerjasama ribuan orang?

"Huh. Panjangnya soalan."

Aha. Pasti terdetik komen ini di hati kalian. Oleh itu, izinkan saya memendekkan soalannya. Begini..

Tahukah kita bahawa roti yang kita makan tidak kisahlah apa jenis roti sekali pun adalah hasil daripada ribuan tenaga pekerja?

Jelas? Jika tidak, ini penjelasannya.

Cuba kita lihat bagaimana permulaan untuk menghasilkan roti. 


Bahan utamanya adalah tepung dan air yang difermentasikan oleh ragi, tetapi ada juga yang tidak menggunakan ragi. Namun kemajuan teknologi manusia untuk membuat roti mampu diolah kepada pelbagai bahan seperti garam, minyak, mentega, mahupun telur bagi menambahkan kadar protein di dalamnya.


Itu baru dari segi penghasilan. Bagaimana pula dengan proses pembungkusan, pengangkutan, pengedaran, penjualan dan lain-lain lagi?  Mahu atau tidak, wajarlah penglibatan ribuan tanaga pekerja sangat-sangat diperlukan agar roti yang dihasilkan itu mampu sampai hingga ke dalam rumah kita.


Lihat. Itulah roti yang kita anggap kecil saja tetapi menggamit ribuan pengusahanya.

Aha. Pembaca yang dikasihi sekalian, bagaimana pula dengan benda yang lebih besar berbanding roti yang sekecil kuman? (",)


Mewujudkan peribadi islam dalam diri dan masyarakat. Itu lebih besar.


Ya. Mewujudkan peribadi islam dalam diri dan masyarakat. Adalah suatu kerja yang bukan boleh dibuat main.

Bukan boleh dilaksana dengan tidur yang berpanjangan. Bukan boleh dicapai dengan angan-angan yang kosong lagi tidak berpenghujung. Bukan boleh dipinta dengan sogokan wang ringgit dan emas belian. Bukan sahaja memerlukan ribuan manusia yang biasa-biasa.

Tetapi kerja yang besar ini memerlukan manusia yang hebat lagi gagah dalam taqwa dan imannya. Apatah lagi dalam kelompok manusia yang ramai dan banyak.

Lihat sahaja sejarah-sejarah kegemilangan islam satu ketika dahulu. Sebagai contoh bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh bersama sejumlah tenteranya yang besar melayarkan tujuh puluh buah armada perang melintasi dataran bukit sehingga mencipta keajaiban sejarah. Tak lain dan tak bukan amal secara jamaie.

Subhanallah.

Dengan izin Allah, kejernihan islam itu berjaya tersebar ke beberapa buah daerah maju yang lain selepas penaklukan Sultan Muhammad Al-Fateh ke atas Kota Konstantinopel yang kita kenali pada hari ini sebagai Instanbul.


Begitu juga islam yang kita dapat pada hari ini. Begitu juga jalan untuk membaiki diri kearah kebangkitan islam secara menyeluruh. Begitu jugalah kaedah untuk menegakkan kembali sistem islam di atas muka bumi.

Segala-galanya memerlukan kumpulan dengan kata lain jemaah. Yang dengannya kita mampu peroleh kekuatan sama ada buat diri mahu pun insan sekeliling. Adalah mustahil untuk melaksanakan segala hasrat dengan hanya usaha sendiri-sendiri tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.


Firman Allah :


"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad di atas jalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh" (As-saff ayat 4)

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu suatu ummah (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan. Dan memerintahkan kepada ma’aruf serta mencegah dari kemungkaran. Dan merka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali imran ayat 104)


Aha. Sudah terang lagi bersuluh. Sudah cerah lagi bercahaya.


Ayuh kita bersatu hati. Tingkatkan ukhwah kefahaman kita. Sama-sama bergerak ke arah menggapai redhaNya. Ingatlah, kambing yang keluar daripada kumpulannya mudah ditangkap dan dibaham oleh serigala yang lapar. (",)


Akhir ; Kita perlu bersama.


Jom kita kembali melihat analogi roti tadi. 


Jika roti yang kecil perlukan ramai tenaga pengusahanya, apatah lagi mendokong dan mengembang syariat islam. Membaiki diri kearah soleh dan musleh. Membina kefahaman islam dalam kehidupan masyarakat dan banyak lagi amal kebaikan yang memerlukan kebersamaan kita.


Bersama, bersama dan bersama.


Moga-moga segala usaha yang kita lakukan secara jamaie ini mampu menjadi salah satu pencetus kebangkitan dan kegemilangan islam di hari yang mendatang. InsyaAllah.


Mungkin itu saja penulisan kali ini. Salah dan silap saya minta maaf. Minta ampun juga kepada Allah.
Moga Allah kasihkan kita.


Amin. (",)

16 comments:

  1. ;)
    terima kasih atas perkongsian yang sangat indah ini.

    ReplyDelete
  2. > Latifah

    sama2 atas peninggaln jejak yg dilakar,
    jemput dtg lg.

    ReplyDelete
  3. wah. suatu yang lain dan baharu buat saya :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah.
    Islam kan pasti tertegak kembali!..
    Marilah kita menjadi seperti si pembuat roti2 itu..bahkan lebih hebat dr mereka..

    ReplyDelete
  5. hm..setiap sesuatu tu tentu ada hikmahnya...nice2!

    ReplyDelete
  6. Pandang guna hati...
    Fikir guna iman...

    ReplyDelete
  7. > iqbalsyarie

    satu yg baru juga buat saya,
    bila brkongsi, kita semua dpt melihatnya.
    terima kasih akhi. =)



    > Anonymous

    InsyaAllah.
    tertegak kembali adlh pasti,
    cuma kita belum pasti,
    bilakah tarikh yg dinanti,
    krn itu catatan ilahi.

    molek kiranya meletakn nama sendiri di sini,
    mdah utk hamba mbls komennya. (",)



    > menusuk hati

    betul. hikmah tersembunyi,
    mata hati itu adlh kaedahnya,
    x gitu?



    > Baitil a'tiQa

    mampukh pandang guna hati?
    bolehkh fikir guna iman?
    ternyata semuanya tidak mustahil.
    subhanallah. (",)

    ReplyDelete
  8. tidak mengapa wahai tuan hamba...
    hamba pun segan meletakkan nama hamba..:)

    ReplyDelete
  9. > Anonymous

    hahaha.
    knp mcm tu pula?
    maksudnya saya knalla insan yg brsembunyi di seblik 'Anonymous' ni? (",)

    ReplyDelete
  10. emm..insyaAllah..
    entahla kenal ke tak..
    wallahua'lam..

    moga terus sukses ye akhi..
    menegakkn islam dlm dirimu lantas menyeru ummah di sekelilingmu..

    doaku sntiasa bersamamu..

    ReplyDelete
  11. > Anonymous

    klu saya x knal,
    knp perlu segan letak nm sendiri,
    xpa lah klu itu yg memudhkn,

    insyaAllah..
    terus mendoakan saya ya..
    saya juga akan mendoakn kamu,
    tp tulah, susahla skit bila x tahu sapa..
    erm.. selalu2lah jenguk sini,
    harapnya x kjemuan.

    salam ceria. (",)
    ~ MQ ~

    ReplyDelete
  12. info yang menarik.. :) salam perkenalan.. :) datang menjengah dan follow blog ini.. :)

    ReplyDelete
  13. mana ada roti sekecik kuman..apa la qawiem ni~ :P

    ReplyDelete
  14. > kapie_art'sLover

    salam knl kembali,
    terima kasih,
    selalu2lah mjengah di sini ya.. (",)



    > Aimi chan

    itu ayat bombastikla,
    klu guna dlm krgn spm,
    insyaAllah A+.. ^_^

    ReplyDelete
  15. salam ^_^

    hebatnyee yg tersirat dlm n3 niii...
    syukran sahabat...

    ReplyDelete
  16. > cun09

    Wassalam.

    apakah yg tersirat itu?
    mungkn boleh dikongsikan, (",)

    afwan..
    jemput dtg lg..
    terima kasih juga.

    ReplyDelete